Banyak betul cerita-cerita gossip pada majlis Anugerah Bintang Popular 2007 yang tak sedap kita dengar. Budiey ada dengar macam-macam cerita tetapi kadangkala Budiey pun siasat juga gossip tu. Tak semua gossip kita boleh telan.
GOSSIP DI ABP2007
Dengar cerita adalah seorang pengacara yang popular ni mulanya ada memberi keizinan kepada Ifa Raziah untuk menggunakan biliknya sebelum berlangsungnya ABP untuk mandi dan bersalin baju. Memang hos glamour ni rapat sangat dengan Ifa Raziah. Kalau jumpa mesti laga pipi punya. Tetapi di saat-saat akhir, pengacara ini membatalkan niatnya itu dan melarang pelakon wanita itu menggunakan biliknya walaupun seketika. Alasannya, takut barang berharga kat biliknya tu disonglap. Alahai, kesian betul dengan Ifa Raziah ni. Alah, kalau setakat gelang bling-bling tu, tak hinginlah Ifa nak ambik pun.
Nasib baik ada seorang peminat yang bermurah hati kasi bilik dia untuk dijadikan tempat Ifa bersalin. Mmm… kalau benarlah gossip ni, memang tak wajarlah pengacara tu buat macam tu. Kalau kawan sendiri tak nak tolong sape lagi kan?
Esok, Budiey nak citer pasal seorang pelakon lelaki popular ini dikatakan tidur satu bilik dengan artis perempuan yang dipercayai teman wanitanya di Hotel First World! Hah! Biar benar. Siapa pelakon tu? Esoklah Budiey citer!
KARPET MERAH YANG KALUT
Di bawah ini, Budiey kasi korang tengok gambar-gambar selebriti masa acara karpet merah. Ini adalah bahagian kedua. Ada satu batch lagi. Oh ya, cakap pasal karpet merah, malam tu memang kalut juga fotografer sebab acara bermula agak lewat iaitu jam 8 malam. Jadi, faham-fahamlah macamana keadaan jadi kalut sebab selebriti semua bersusun dan dikawal dengan ketat oleh pegawai. Yang jadi mangsanya adalah fotografer kerana tidak mempunyai masa yang agak lama untuk mengambil gambar. Budiey cadangkan, pada tahun hadapan, satu pentas untuk selebriti berhenti bagi menyenangkan jurugambar mengambil gambar dengan lancarnya. Nak tahu macamana kalutnya, korang tengoklah sendiri gambar di bawah ni. Memang angle-nya hancur, bebs!