Peraduan rekaan T-shirt sempena ulangtahun ke-25 TV3 hampir ke tahap klimaks. Tujuannya untuk mengajak orang ramai untuk berkongsi minda dan bakat kreatif mereka di samping dapat habuan wang tunai lumayan. Siapa yang tak nak, RM10 ribu untuk hadiah utama! Tempat kedua dapat RM5,000 dan tempat ketiga dapat RM3,000. Berbaloi!
Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. TV3 telah menerima 5 ribu penyertaan dari pelbagai latar belakang sejak 1 Februari hinggalah ke tarikh tutup 1 April 2009. Kanak-kanak pun ramai yang hantar. Remaja paling banyak.
Selain mempamerkannya di laluan LRT Putra, TV3 juga mempamerkan 50 T-shirt terbaik di Balai Seni Lukis Negara sepanjang Jun ini. Juga di lokasi Karnival Jon Heboh iaitu di JB, Sarawak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
T-shirt yang terpilih akan dicetak sebagai Tshirt edisi khas Ulangtahun ke 25 untuk dijual kepada orang ramai ketika konsert ulangtahun TV3 pada bulan Jun nanti. Hasil jualan akan didermakan ke Tabung Bersamamu.
Ini dia gaya 25 orang selebriti dan personaliti TV3 dengan finalis RekaTee…
Kamal Adli dan Intan Ladyana
Erry Putra bersama Eira Syazira
Fizow Omar dan Elly Mazlein
Sasha Bashir bersama personaliti TV3
Personaliti TV3
Fesrul Khan dan Raja Farah
Pengacara Nona
Personaliti TV3
Personaliti TV3
Gadis Tv3
Personaliti Tv3
Iqram Dinzly dan Fouziah Ghous