Minggu lepas, Budiey ada la lapangkan masa untuk menjejak kaki ke Youth’09 di PWTC. Kebetulan masa tu, portal GUA ada buat majlis pelancaran wajah baru GUA. Khabarnya, seramai 36,720 orang telah menjejak kaki mereka di pameran remaja terbesar ini. Namun, ada cakap belakang, Youth’09 kali ini begitu mengecewakan. Tidak semeriah tahun lepas. Yang penting kat situ, banyak sekali aktiviti dan juga tapak pameran jualan dan pertunjukan dipamerkan kepada pengunjung. Sekurangnya, kita dapat melihat banyak sekali perkembangan positif tentang remaja kita. Ingat tahun depan, Budiey nak buka booth kat Youth’10. Amacam, ada berani?