Pada 11 Disember 2009 lalu telah berlangsung Tea Party Glow & Glamour di Amcorp Mall. Seramai 40 orang pembaca Sensasi Selebriti turut diundang untuk hadir di party ini. Terima kasih kepada G&G atas undangan.
Dihoskan oleh Ajieb, party ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi dan pelakon Tari Tirana, Nadia serta 2 orang lagi ahli Luscious dan juga Mimi MyStarz LG. Nadia turut diundang untuk berbual mesra dengan pembaca tentang tips-tips menjaga badan dan penampilan diri agar lebih bergaya. Kebetulan dua lagi anggota Luscious, jadi mereka sempat mempersembahkan sebuah lagu secara acapella.
Pembaca yang hadir telah diberikan tunjuk ajar bagaimana untuk tampil lebih menarik dengan aura yang lebih positif. Sesi mengenal potensi diri dan juga bagaimana untuk tampil cantik dan elegan dikendalikan oleh Shegar, seorang stylish yang sememangnya popular.
Setiap pembaca yang hadir diberikan voucher RM50 untuk treatment di Glow & Glamour dan juga voucher RM300 untuk body treatment.
Terima kasih kepada semua pembaca yang hadir. Jumpa lagi di tea party lain pula.
Ini antara foto yang Budiey sempat rakam.