Pertama kali tonton filem Berani Punya Budak memang kita akan rasa semacam bila tengok ucapan dialog tak selari atau tak sama dengan gerakan bibir pelakon. Tapi itu yang bestnya. Skrip pula merapu dan kadang-kadang tu mengarut pun ada tapi bagi Budiey, itulah kelainan dari filem BERANI PUNYA BUDAK yang seharusnya wajib menjadi tontonan ramai.
Sekitar Sidang Media Tayangan BERANI PUNYA BUDAK
Pada 12 April lalu, Budiey telah menonton filem ini buat pertama kalinya di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara pada jam 8 malam. Rata-rata semua penonton kata, mereka sangat terhibur.
Filem arahan Afdlin Shauki ini mengisahkan mengenai Mike B (Pairote) dalam misi menyelamatkan abang iparnya, Tong (Afdlin Shauki) yang telah ditangkap satu kumpulan Mafia.
Dia terpaksa menceroboh sebuah syarikat kad kredit antarabangsa Bank Wealthy dan menawan penolong presiden syarikat itu, Lita (Supaksorn) untuk mendapatkan data maklumat pelanggan. Namun, usahanya sia-sia apabila kumpulan Mafia itu bertindak ingin membunuh Pairote dan Tong setelah mendapat data yang dicuri.
Kalau nak ikutkan filem acuan asal filem BERANI PUNYA BUDAK INI iaitu filem Brave sebenarnya tidaklah kelakar langsung sebab ia lebih serius dan tidak memaparkan sebarang unsur komedi pun. Jadi untuk tidak menjadikan penonton rasa bosan dan jemu, elemen ini disuntik dalam filem BERANI PUNYA BUDAK agar ia selari dengan citarasa orang Malaysia.
Bagaimanapun, setelah perubahan dilakukan dia mengambil keputusan untuk menerbitkannya dalam bentuk aksi komedi.
“Filem ini masih lagi memaparkan banyak aksi terutamanya yang membabitkan pergaduhan, tetapi elemen komedi yang diterapkan menerusi dialognya yang sangat kelakar setelah dialih suara ke bahasa Melayu. Kalau dalam filem Brave semua dialog menggunakan bahasa Thai, untuk filem ini pula 100 peratus menggunakan bahasa Melayu dan itulah kelainan yang cuba ditampilkan dalam filem ini,” ujarnya.
Menurut Afdlin, sekiranya Berani Punya Budak meraih sambutan yang sangat baik daripada penonton, dia sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan sekuel filem tersebut.
Jadi, jika anda ingin melihat filem sekual BERANI PUNYA BUDAK, apa kata ajak kawan ramai-ramai datang pawagam. Lagi ramai-lagi bagus.
Riezman Khuzaimi dalam Filem BERANI PUNYA BUDAK