Jam 9 pagi, kami bertolak dengan bas dari Sri Pentas. Tak ramai media yang ikut rombongan sebab ramai yang pergi dengan kereta sendiri. Sempat mengisi perut dengan sebungkus nasi lemak dan air kosong sebelum kami singgah di R&R Dengkil untuk membuncitkan lagi perut. Huhu. Berapa kali nak makan daa… Budiey cuma pekena air milo secawan, Azahari, pengurus 6ixth Sense yang belanja, Tq Azahari!
Perjalanan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke Danga Bay. Antara artis yang turun dengan bas ialah Jinbara, geng budak shuffles yang akan buat opening act, One Nation Emcees, 6ixth Sense, Aizat dan beberapa orang lain.
Rombongan media dan artis yang bertolak dari Kuala Lumpur sampai jam 2 petang di Danga Bay. Sampai je, kami terus singgah di lokasi konsert iaitu kawasan tempat letak keretaestive Street Mall, Danga Bay. Beberapa orang artis memulakan sound checknya pada petang tadi iaitu Estranged, Aizat, One Nation Emceess dan banyak lagi.
Cuaca sangat panas pada petang itu buat bahangnya begitu menusuk. Kami terus check in kat hotel dan makan tengahari. Semua orang lapar, nasib baik kami dijamu dengan nasi goreng dan nasi ayam bungkus. Tq Ryn!
Bilik untuk kami sungguh selesa dan lengkap segala kemudahan. Budiey berpuas hati.
Pandangan Danga Bay dari bilik Budiey. Boleh nampak Bumi Singapura dari sini.
Selesa…
Apa lagi, online terus… update blog. Huhu…
Malam tadi, Budiey berkesempatan untuk jenguk-jenguk penyampai-penyampai dan beberapa orang artis buat rehearsal. Mula-mula tak hujan, tapi tiba-tiba hujan turun dengan renyai-renyai, namun tak menjejaskan sessi sound check.
Jam 9 malam, Budiey tumpang van yang membawa budak shuffles ke lokasi. Dalam perjalanan, Budiey sempat temubual grup yang terdiri daripada 6 remaja yang meminati tarian yang berasal dari Australia itu. Diorang kata, show diorang kat Big Jam ini antara yang paling besar pernah disertai. Diorang kena buat opening act dan juga beberapa selingan pada malamnya.
Sampai je di pentas, Budiey bertemu dengan semua penyampai Hot FM kecuali Kieran yang sekarang ini sibuk menjaga baby boy nya yang baru lahir. Nama apa ya baby Kieran tu, tanya Zura, Zura pun tak tahu.
Yang ada, FBI, Fara Fauzana, Ikhwan, Anne, Zura, Leya, AG… diorang sedang bersedia untuk kejutan kat peminat esok.
Walaupun sound check, tapi penduduk Danga Bay mengerumuni pentas. Ramai betul yang datang. Hujan pun diorang masih bertahan.
Huhu,,,, Fara Fauzana yang sedang pekakkan telinga, tak nak dengar gossip ke?… Ala masa nih pentas memang riuh dan gegak gempita dengan bunyi muzik. Fara Fauzana kata geng peminatnya akan bertolak pada pagi ini…
Waaa, ada loket Hot FM. Nak satu boleh?
Anne yang tomei ni pun ada… hehe senyum sokmo walaupun badan penat ya.
Yea, HOT FM kini dah 3 tahun!
AG yang gila-gila sikit.
Faizal Ismail yang tak sabar nak gegarkan Danga Bay hari ini!
Ikhwan, mengantuk nampak?
Diorang sedang berbincang untuk memantapkan lagi show mereka. Good luck, buat yang terbaik.
Penat tengok rehearsal, makan malam dengan geng streaming dari Portal Gua
Untuk kejutannya… syyyy, jangan cakap kat orang lain ya, ni eksklusif untuk korang je, penyampai akan bergabung dengan budak shuffles untuk opening act. Siap ada kawat!
Berbaris macam nak nyanyi nasyid jek?
Haa, berbaris dua-dua…
Tabik hormat apa ni?
Fuh Kiri Fuh kanan Fuh kiri…
Diskas lagi untuk cari step terbaik
Sebelum pulang, kami merakamkan kenangan. Fafau… peace jangan tak peace!
Dengan Zura yang tengah bersedih sebab Shafiq tak dapat ikut. Kena jaga booth kat Jomheboh Melaka.
Dengan Seelan Paul… yang sedang risau takut esok hujan lebat akan turun. Huhu… kena panggil bomoh hujan la, bro!
Jinbara di backstage.
Stacy juga turut buat sound check…
Khemah ini untuk 60 orang pemenang Hot FM Sukaneka di Tasik Titiwangsa yang lalu. Wow… ini dah taraf VIP ni.
Ini pula khemah untuk VIP. Tak jauh beza dengan khemah untuk pemenang Sukaneka.
Hujan renyai-renyai semalam buat Budiey nak pulang awal. Jadi, lagi sekali, tumpang van budak-budak shuffles nih. Dan untuk kali keduanya kami sesat jalan. Huhu… nasib baik tak sesat sampai Singapura je. Memang dah dekat pun.
Balik terus rehat…
Budiey: Kepada pembaca semua, temui Budiey di Hot FM Big Jam 2009 dan berikan kata laluan ‘SENSASI SELEBRITI’ untuk dapatkan goodies percuma! Jumpa di sana!