in , ,

Gambar Sekitar Sidang Media Konsert Solo Faizal Tahir

Seperti mana yang Budiey war-warkan pada entri sebelum ini, Faizal Tahir bakal beraksi di konsert solonya di KL Live, Kuala Lumpur, pada 1 Julai depan. Jadi, pastinya terubatlah rindu peminat yang senantiasa merindukan persembahan solo seperti ini.

Konsert ini bukanlah julung kali diadakan kerana seperti ini pernah diadakan pada tahun 2010 lalu. Konsert yang dianjurkan oleh ZackkoolG dengan kerjasama The 8 Unit ini akan menyaksikan Faizal Tahir mempersembahkan sebanyak 10 buah lagu selama sejam dengan membawakan lagu-lagu popularnya seperti Karma, Bencinta dan Hanyut menggunakan susunan muzik yang berbeza.

Faizal Tahir

“Ini merupakan sebahagian projek yang besar bagi saya dan apa yang penting, saya dapat menghiburkan para peminat sebaik mungkin. Malah lagu-lagu yang dibawakan akan disusun semula mengikut cita rasa saya. Beberapa lagu saduran turut akan dipersembahkan,” ujarnya.

Kata Faizal, konsert tersebut juga merupakan sebagai sebahagian promosi bagi album ketiganya yang bakal muncul tidak lama lagi.

Tiket konsert yang berharga RM98, RM138, RM238 dan RM300 boleh dibeli menerusi laman web www.ticketpro.com.my dan akan dijual bermula Jumaat ini.

Dalam pada itu, bagi sesiapa yang membeli tiket sebelum tarikh 15 Jun, potongan harga sebanyak 20 peratus akan diberikan.

Faizal Tahir

Semasa bersidang bersama media di Hard Rock Cafe pada 30 Jun (Rabu) lalu, Faizal Tahir akui gimik-gimik yang telah dibuat telah membawa padah kerana ia umpama memakan diri sendiri.

Faizal berkata, hal tersebut membuatkan dia semakin kekurangan idea dalam mengadakan persembahan manakala peminat-peminat pula mengharapkan gimik yang lebih hebat berbanding persembahan yang sebelumnya.

“Kebanyakan orang mengenali Faizal Tahir kerana gimik yang dipersembahkan dan ia telah “memakan” diri saya. Jujur dikatakan, saya sampai dah kehabisan idea untuk berfikir apakah gimik seterusnya yang perlu dibuat. Ia membuatkan saya tertekan. Ini kerana orang nak saya “pecah rekod” daripada persembahan yang pernah saya buat sebelumnya.”

Ini membuatkan dia hanya perlu mengadakan aksi gimik pada persembahan yang melibatkan siaran televisyen TV sahaja. Manakala pada persembahan yang tidak membabitkan siaran TV, Faizal akan memberi fokus kepada segi susunan muzik pada setiap lagu yang dipersembahkan.

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Time Change For NTV7’s Mandarin News

Filem Menarik Saturday Night Movies 8TV