Mulai 15 Mei ini, penduduk Singapura akan dapat menonton filem seram Congkak. Pada 5 Mei lalu, satu sidang media dibuat untuk para media di Eng Wah Cinemas, Suntec City, Singapura. Turut hadir, para pelakon utama filem Congkak, Erynne Erynna, Riezman Khuzaimie dan Ahmad Idham sebagai pengarah turut hadir. Penulis skrip Congkak, Piere Andre juga turut hadir menyaksikan sokongan penonton di malam itu. Setakat ini, filem Congkak mendapat kutipan sebanyak RM4.2 juta. Kutipan ini tidak termasuk untuk tayangan di Singapura, Filipina dan Thailand. Budiey rasa, untuk dapat kutipan sebanyak RM8 juta tu memang dalam genggaman.
Congkak juga telah melakar satu lagi sejarah buat MIG dan industri perfileman Malaysia apabila menjadi filem dengan pembukaan paling besar dengan tayangan serentak di 65 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 17 APRIL 2008 Lebih menarik apabila ia sudah ditempah oleh pengedar-pengedar filem peringkat Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina untuk ditayangkan di negara masing-masing.
Keinginan menerbitkan Congkak pastilah ekoran kejayaan luar biasa Jangan Pandang Belakang di peringkat Asia Tenggara. Congkak merupakan satu lagi kolaborasi antara penerbit dan penulis muda berbakat besar Pierre Andre dan pengarah prolifik Ahmad Idham yang sama-sama memastikan kejayaan Jangan Pandang Belakang. Filem ke 23 terbitan MIG ini cuba menyajikan sesuatu yang lebih bermutu dan pastinya lebih menyeramkan. Congkak yang menelan kos sebanyak RM1.8 juta telah menjalani pengambaran selama sebulan.
[tags]gambar congkak singapura, erin malek, nanu, rakaman, sekolah, singapore, studio, underground, unplugged, video, aisyah rozi, ana raffali, anadcat, anna rafali, baju kurung, composer, free hair, gadis melayu, komuter, layar tanchap, lirik lagu, lrt, malaysia, tanggungjawab, tidak bernah, tudm, upnm, vc, vice chancellor, apek, astro, badul, bob ku2, hiburan, jawa, kasut roller, kelakar, ketawa [/tags]