Budiey kira, ramai yang dah tahu, Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 bakal diadakan pada 28 hingga 30 Mac 2013 di Kampung Budaya, Kuching Sarawak.
Seperti yang Budiey war-warkan di Twitter. festival selama 3 hari ini melibatkan kehadiran penggiat filem dari Negara ASEAN seperti Malaysia, Thailand, Laos, Filipina, Indonesia, Brunei, Vietnam, serta dari Bollywood dan Hollywood untuk berkumpul dan berkongsi kemahiran mereka dalam industri perfileman.
Festival ini bertujuan untuk mempromosikan industri perlancongan serta mewujudkan ruang untuk semua penggiat filem ASEAN serta rakan-rakan perfileman dari Hollywood dan Bollywood untuk bertemu dan mengeratkan rangkaian antara satu sama lain.
Selain dari tayangan filem secara santai di Kampung Budaya Kuching Sarawak, ada juga pelbagai anugerah yang bakal diberikan buat filem dan filem pendek terbaik yang dihantar ke Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013.
Anugerah itu adalah seperti ASEAN Spirit Award, Lifetime Achievement Award, Best Director, Best Picture- Comedy, Best Picture- Drama, Best Picture – Action,Best Actor in a supporting role, Best Actress in a leading Role, Best actor in a leading role, Best Screenplay, Best Costume Design, Best Visual Effects, Best Foreign Film ( outside Asean ) dan Best Director of photography.
Baru-baru ini, Budiey ada menerima beberapa gambar sekitar sidang media AIFFA 2013 di Filipina untuk dikongsikan di sini. Budiey.com adalah blogger rasmi untuk AIFFA 2013.