in

Gambar Sekitar Rumah Terbuka Maxis 2012

MAXIS BERKONGSI KEGEMBIRAAN HARI RAYA BERSAMA KOMUNITI

• Maxis menganjurkan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri tahunan untuk rakan-rakan istimewa dari rumah kebajikan untuk berkongsi kegembiraan perayaan pada bulan Syawal dan mengukuhkan silaturrahim dengan komuniti

• Maxis mengiktiraf usaha penjaga rumah kebajkan dan menyokong keperluan komunikasi mereka dengan sumbangan peranti mudah alih, pek permulaan dan tambah nilai

• Maxis mengambil dua rumah kebajikan sebagai rumah angkat dan akan memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai serta pelbagai aktiviti bersama dalam tempoh 12 bulan

Pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu terbesar Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), hari ini menganjurkan majlis rumah Rumah Terbuka Hari Raya Amal di Hotel Mandarin Oriental di Kuala Lumpur. Dihadiri oleh penghuni dari pelbagai rumah amal termasuk Pusat Dalam Komuniti (PDK) Kampung Kenanga, Pusat Jagaan Nur Hikmah, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Kirtarsh dan Rumah Victory, rumah terbuka tersebut diadakan untuk berkongsi kegembiraan perayaan dan mengukuhkan silaturrahim dengan komuniti. Acara itu telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das dan isterinya, Purnima Das, ahli-ahli pengurusan kanan dan warga Maxis.

Gambar Sekitar Rumah Terbuka Maxis 2012

Seramai 125 penghuni dari lima rumah tersebut dihidangkan dengan pelbagai masakan tradisional Melayu dan persembahan lagu perayaan. Sandip, Purnima serta ahli pengurusan kanan dan sukarelawan Maxis meluangkan masa menghiburkan para tetamu yang hadir. Untuk menambahkan lagi keceriaan, setiap penghuni rumah-rumah tersebut menerima duit raya berjumlah RM50. Sementara itu, setiap rumah juga gembira membawa pulang cek bernilai RM10,000 sebagai sebahagian daripada sumbangan Maxis.

“Kami berasa sangat berbesar hati dapatmenganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya Amal tahunan kami sekali lagi. Inilah masanya di mana kami dapat berkongsi kegembiraan musim perayaan, terutamanya dengan teman-teman istimewa kami dari rumah-rumah kebajikan ini. Ia juga memberikan kami peluang untuk mengukuhkan hubungan dan silaturrahim kami dengan masyarakat, serta menyumbang kepada kesejahteraan mereka,” Sandip berkata.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menyokong keperluan komuniti, Maxis telah memperkenalkan dua program komuniti baru tahun ini. Pada awal pagi tadi, syarikat telah menganjurkan acara Penghargaan Penjaga yang pertama. “Buat kali pertama, kami gembira dapat meraikan “wira-wira” dari rumah-rumah ini sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan kerja keras mereka. Hanya mereka yang istimewa yang sanggup menumpukan masa mereka dalam menjaga golongan yang memerlukan dalam masyarakat,” tambah Sandip.

Maxis menjadi tuan rumah kepada lebih 50 ketua, pentadbir dan penjaga dari lebih daripada 20 rumah di acara tersebut, dan menyampaikan mereka dengan peranti mudah alih, pek permulaan Hotlink dan tiket tambah nilai untuk menyokong keperluan komunikasi mereka sebagai tanda penghargaan.

“Kami berasa terharu bahawa individu-individu ini telah mendedikasikan hidup mereka untuk kebaikan masyarakat, dan kami ingin menunjukkan penghargaan ikhlas kami kepada mereka. Kepada kami, usaha gigih mereka menunjukkan bagaimana semangat memberi boleh mengubah kehidupan. Selain dari memberi derma, kami percaya dalam memacu inisiatif Tanggungjawab Korporat yang memperkayakan kehidupan semua rakyat Malaysia dan kami kekal komited untuk membantu komuniti dan penjaga mereka dengan cara yang bermakna,” tambah Sandip.

Satu lagi inisiatif CR sebagai sebahagian daripada pemacu pembangunan masyarakat Maxis adalah Program Pengambilan Rumah Sebagai Rumah Angkat (Home Adoption Programme). Di bawah program ini, Maxis telah mengikrarkan sokongan kepada dua rumah kebajikan, iaitu Independent Living & Training Centre (ILTC), sebuah pusat bagi orang kurang upaya yang dikendalikan oleh orang kurang upaya, dan Jenjarom Old Folks Home. Maxis akan menyediakan sumbangan wang tunai dan menganjurkan aktiviti-aktiviti penglibatan dan latihan yang relevan untuk tempoh satu tahun.

Sejak dulu lagi, Maxis telah menunjukkan komitmen untuk program-program yang menyumbang kepada masyarakat dan menyokong aspirasi negara dalam bidang teknologi, pendidikan dan pembangunan belia. Dalam memanfaatkan teknologi canggih dan inovasi untuk mewujudkan nilai dan untuk merapatkan jurang digital, Cyberkids, program komuniti perdana Maxis, telah menyediakan latihan ICT kepada lebih 8,500 pelajar dan guru-guru daripada 1,500 sekolah di seluruh negara. Inisiatif Cyberkids ini menyambut ulang tahunnya yang ke-10 tahun ini dan Maxis bakal melanjutkan program ini ke segmen baru iaitu sekolah-sekolah untuk kanak-kanak keperluan khas.

Maxis juga memainkan peranannya dalam membangunkan modal insan negara dan memupuk bakat tempatan dengan menyediakan biasiswa pendidikan untuk rakyat Malaysia yang terpilih, dan membolehkan mereka merealisasikan impian mereka di universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia dan di luar negara. Selain itu, Maxis juga merupakan satu-satunya syarikat telekomunikasi di Malaysia yang memberikan biasiswa kepada pelanggan pascabayarnya.

Sebelum ini, Maxis telah menerima anugerah CSR Terbaik di Malam Anugerah PC.com 2011 dan Anugerah Keusahawanan Bertanggungjawab Asia 2012 dalam Kategori Pengupayaan Sosial sebagai pengiktirafan bagi inisiatif Maxis ke arah memperkayakan kehidupan masyarakat tempatan melalui pelbagai program CSR serta usahanya dalam isu-isu sosial yang lain.

Gambar Sekitar Rumah Terbuka Maxis 2012

Gambar Sekitar Rumah Terbuka Maxis 2012

Gambar Sekitar Rumah Terbuka Maxis 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perbankan Online Kelebihan Gaya Hidup Moden

P1’s 4G Broadband Officially Serves Sabah