Bermula di SACC Mall, Shah Alam, road tour untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) meneruskan promosi ke Kuantan Parade, Kuantan, minggu lepas. Terbaru semalam, road tour ABPBH2010 beralih pula ke lokasi ketiga iaitu The Mall, Kuala Lumpur.
Setiap tahun, anugerah berprestij ini memang ditunggu-tunggu apatah lagi ia satu-satunya anugerah yang mendekatkan selebriti popular dengan peminat. Kedatangan finalis Anugerah Bintang Popular ke Kuala Lumpur ini semestinya disambut baik hampir 4,000 peminat yang tak putus-putus merakamkan foto artis pujaan.
Pada 12 dan 13 Mac ini, Road Tour ABP akan ke Village Mall, Sungei Petani, Kedah pula. Jadi, jangan lepaskan berpeluang kerana selain bertemu artis, penonton juga berpeluang memenangi hadiah tajaan Berita Harian dan Celcom.
Selain Celcom menjadi penaja utama, ABP kali ini mendapat tajaan daripada Rafflesia Mandalay, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Chantek oleh OK Group sebagai minuman rasmi, Resort World Genting sebagai lokasi malam kemuncak, TV3 sebagai stesen TV Rasmi, Holiday Villa Hotel & Suites Subang Jaya sebagai lokasi sidang media, Euro Moda Gulatis sebagai tajaan fabrik, POTO Travel & Tours Sdn Bhd, Sinarmas Travel & Tours Sdn Bhd sebagai bas rasmi jelajah, SimplySiti dan Naza Bike.
Peminat setia pelakon Lisa Surihani sedia untuk bertemu artis pujaan mereka
Remy Ishak dan Alyah bergambar dengan peminat mereka
Awal Ashaari sedang bercakap sesuatu kepada Along & Faizal Ismail
Lisa Surihani di belakang pentas.
Aizat menghiburkan penonton
Ini pula Shaheizy Sam dengan band barunya. Ada stail la bro!
Itu dia band Lisa Surihani tengah persembahkan satu lagu. Kelakar!
Lisa Surihani & Shaheizy Sam turut terhibur dengan persembahan pentas
Lisa,Daus,Sam & Shahir di booth OK Group
Suraya HotFm & Lisa Surihani di belakang pentas
Gambar kredit: twitter @abpbh