XPRESI KEMBARA YUNA DI PERAK
Kemunculan kumpulan muzik indie di Malaysia semakin mendapat tempat di persada industri seni tanahair. Satu demi satu nama band indie muncul mencuri tumpuan dalam memeriahkan lagi persada hiburan.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan untuk bekerjasama dengan band band indie tempatan dalam program terbaharu di TV1, Xpresi Kembara.
Xpresi Kembara bersama Yuna yang dirakamkan sekitar Perak baru baru ini sebanyak 3 episod telah menerokai tempat tempat menarik dan keindahan negeri Perak yang sememangnya terkenal dengan produk perlancongan semuladi.
Antara tempat menarik yang dirakamkan adalah sekitar Pulau Pangkor (siaran 2 Julai), Bukit Merah Laketown Resort & Taiping (siaran 9 Julai) dan Ipoh serta Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai (siaran 16 Julai).
“Kita menggabungkan elemen muzik band band indie ini dengan tempat tempat menarik di seluruh negara. Diharap program seperti ini dapat memajukan sektor pelancongan dalam negara di samping memberi ruang kepada peminat peminat muzik indie mengenali artis kegemaran mereka dengan lebih dekat lagi. Kita juga memasukkan elemen penglibatan artis dengan persekitaran, sebagai contoh Yuna menyertai aktiviti snorkling di Pulau Pangkor dan memberi sendiri makanan kepada badak air di Zoo Taiping serta bermesra dengan ular di Bukit Merah Laketown Resort, Ekspresi itu yang kita tonjolkan kepada penonton” jelas penerbit Xpresi Kembara, Mohd Zam Ali.
Antara aktiviti aktiviti yang menarik sepanjang penggambaran Xpresi Kembara berlangsung di sekitar Pulau Pangkor ialah snorkling di Pulau Giam, berbasikal ke Pantai Teluk Nipah, melawat Kota Belanda, jeti penangkapan ikan moden dan kilang memproses makanan laut.
Kepada peminat Yuna yang ingin melihat Yuna bermesra bersama haiwan seperti ular dan badak air serta binturong, semua ekspresi ini dapat dilihat dalam episod Xpresi Kembara Bukit Merah Laketown Resort dan Taiping.
Eeeeeeeee….
Dalam episod ini juga, ekspresi Yuna yang gayat ketika menaiki pemainan air yang ekstrem juga dipaparkan.
Dalam episod terakhir Xpresi Kembara Yuna di Perak dipaparkan tempat tempat menarik yang boleh dikunjungi sekitar Ipoh, antaranya Gerbang Malam, Lost World Of Tambun dan pasar pagi ‘Memory Lane’. Yuna sempat juga singgah ke kedai pakaian Garage Flower milik ahli kumpulan Indie, Bittersweet yang terletak di Green Town Mall yang menjual pelbagai barangan Indie seperti T-shirt dan juga CD Indie tempatan. Dalam episod ini juga Yuna sempat singgah melawat datuk dan neneknya di kampung yang terletak di Batu Gajah.
Kepada peminat peminat Yuna, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan percutian Yuna yang dirakamkan dalam Xpresi Kembara, setiap khamis jam 11.30 pagi di TV1.
NAMA RANCANGAN XPRESI KEMBARA
TAYANGAN KHAMIS , 11.30 PAGI TV1
Penerbit Mohd Zam Ali
Pen. Penerbit Mohd Amer Syafiq Khalip
MENGENAI RANCANGAN XPRESI KEMBARA
Rancangan berbentuk travelogue yang membawa band band indie tempatan melawat tempat tempat menarik di seluruh negara
Mula bersiaran pada April 2009 yang disiarkan setiap hari Khamis jam 2.30 petang di TV1, mulai 2 Julai siaran Xpresi Kembara akan bertukar pada pukul 11.30 pagi hari yang sama
Antara episod Xpresi Kembara sebelum ini bersama kumpulan Bittersweet di Pulau Langkawi, Awanband di Pulau Pinang dan Johor, kumpulan Bunkface di Melaka, dan Otherside Of Orchestra di Taman Negara Pahang.
Perancangan untuk episod akan datang ialah bersama kumpulan Sixth Sense (Bukit Tinggi dan Genting Highland), kumpulan Grey Sky Morning (Pulau Perhentian dan Kuala Terengganu) dan kumpulan Hujan.