in ,

Gambar Sekitar Planet Gempak Ola Bola Astro

Tahun ini, Astro sekali lagi bakal menjelajah ke beberapa lokasi untuk mendekatkan lagi hubungan dengan seluruh rakyat Malaysia. Planet Gempak Ola Bola akan ke empat buah destinasi – di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Terengganu – bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri pengalaman hebat menjadi sebahagian daripada dunia Astro.

Pelbagai tarikan menanti pengunjung Planet Gempak Ola Bola 2014 yang mempersembahkan kandungan istimewa dari segmen Melayu, Cina dan India, serta keriuhan PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL™. Karnival ini ialah penghargaan untuk rakyat Malaysia berbilang kaum dan latar belakang yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Astro. Ia sebahagian usaha 360 darjah yang diketengahkan agar jenama Astro terus dekat dengan masyarakat melalui pengisian, perkhidmatan serta penganjuran acara yang sentiasa relevan.

antara selebriti yang akan terlibat di Planet Gempak Ola Bola

Planet Gempak Ola Bola Astro Siap Sedia Gegarkan Malaysia Pesta Sempena Piala Dunia Sebahagian Tarikan Karnival Di 4 Lokasi

Kekal dengan slogan ‘Alami Dunia Astro Anda’, Planet Gempak Ola Bola bakal mempersembahkan rancangan terhebat Astro untuk dialami sendiri oleh pengunjung karnival. Para peminat program tempatan dalam semua segmen bahasa utama serta seleksi program antarabangsa dapat mengikuti dan mengenali dengan lebih mendalam rancangan kegemaran mereka.

Penggemar muzik akan menikmati rangkaian konsert yang menampilkan artis berbilang bangsa dari pelbagai genre – menjanjikan persembahan hebat daripada penghibur seperti Hafiz, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Illa Damiaa, Waris, Mark Adam & Awi Rafael; Ratna, Iris, Shamini, Sushmeeta, Denesh, Kabil & Akila; serta Geraldine Gan, Jie Ying, Shian Ter & Justin Ng. Kanak-kanak dapat beramah mesra dengan mascot rancangan animasi seperti Upin & Ipin, Finn & Jake, The Smurfs serta Ninja Turtles.

Kembalinya karnival besar-besaran ini bukan sahaja menawarkan lebih banyak aktiviti hiburan, permainan, pameran, persembahan serta promosi interaktif kepada pengunjung; tetapi juga membawakan demam PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL™, kejohanan bolasepak terbesar dan paling dinanti-nantikan. Terdapat perbarisan bendera pesaing kejohanan, papan interaktif untuk meneka juara dan pengunjung dapat mengambil bahagian untuk menyumbang kreativiti di Dinding Grafiti Piala Dunia.

Planet Gempak Ola Bola pastinya memberi peluang kepada pengunjung mendekati dan berinteraksi dengan selebriti serta personaliti idola masing-masing, sambil merapatkan lagi hubungan antara keluarga dan rakan-rakan dengan menyertai aktiviti untuk semua peringkat umur.

Kali ini jelajah Planet Gempak Ola Bola akan bermula di Perkarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 & 27 April. Perjalanan diteruskan ke lokasi kedua iaitu Perkarangan Stadium Batu Kawan Pulau Pinang (17-18 Mei), seterusnya ke Perkarangan Plaza Angsana Johor Bahru (13-14 Jun) dan akhir sekali di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu (5-6 September).

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh berkata di majlis pelancaran Planet Gempak Ola Bola semalam, “Pertama sekali, terima kasih atas sokongan yang diberikan semua pihak yang menjayakan Planet Gempak tahun lalu, terutamanya para pengunjung yang melengkapkan kemeriahan di setiap lokasi. Maklum balas memberangsangkan pada tahun lalu membakar semangat kami untuk terus menganjurkan acara ini. Sambutan luar jangkaan yang diterima meyakinkan kami bahawa karnival ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Kami percaya, kehadiran program kegemaran ramai seperti MasterChef Malaysia, Maharaja Lawak Mega, Fear Factor, Kilauan Emas dan sebagainya ditambah pula dengan pesta bolasepak yang bakal mengambil tempat adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan.”

Yayasan Angkasawan Malaysia, yang bekerjasama dengan Astro TVIQ, juga akan menjalankan aktiviti di Planet Gempak Ola Bola bagi mempromosikan bidang sains, teknologi dan angkasa kepada pengunjung. Sebuah kubah gergasi serta sebuah Maskot Angkasawan setinggi 40 kaki akan menempatkan kegiatan pembelajaran dan kesedaran awam yang bermanfaat.

Acara Planet Gempak Ola Bola pertama di Bukit Jalil nanti turut bakal menyaksikan percubaan Astro mendapat pengktirafan Malaysia Book of Records untuk catatan siaran rancangan komedi secara langsung 24 jam tanpa henti. Persembahan 24 jam rancangan komedi terbitan Astro ini akan bermula pada Jumaat 25 April, jam 10 malam sehinggalah Sabtu 26 April, jam 10 malam. Ia akan disiarkan secara terus-menerus di Astro Warna (Saluran 132) dan dijayakan oleh barisan artis terkenal tanah air. Rekod ini, apabila berjaya direalisasikan, pasti mencipta tanda aras baharu dalam industri penyiaran, terutama penyiaran komedi tanah air.

Khairul Anwar Salleh menambah, “Di kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk hadir menikmati suasana riang di Planet Gempak Ola Bola dan mewarnai lagi karnival ini. Datanglah beramai-ramai dengan rakan-rakan dan seisi keluarga, semoga Planet Gempak Ola Bola kali ini membina jalinan muhibah yang lebih erat antara kita.”
Untuk maklumat lanjut, layari www.planetgempak.com.my

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh

Dina Nadzir, Geraldine Gan dan Iris menyabyikan lagu tema Planet Gempak Ola Bola

Pegawai pengurusan kandungan Astro bersama selebriti yang akan terlibat di Planet Gempak Ola Bola

Fear Factor Malaysia antara tarikan di Planet Gempak Ola Bola

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KKBOX Tawar Perkhidmatan Muzik Tanpa Henti

Google Malaysia Anjur Pertandingan Google Doodle