[dropcap]P[/dropcap]ada petang tadi, ada dua event yang berlangsung seremtak iaitu sesi temubual bersama pelakon drama dari Korea, Zo In Sung di KL Hilton, KL Sentral dan juga Pelancaran dan Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef di Empire Hotel Subang. Budiey berjaya untuk ‘cover’ kedua-dua event ini dengan jayanya. Anda boleh ikuti secara live updates dengan mengikuti Instagram & Twitter @Budiey.
Tahniah buat pelawak, pelakon dan pengacara terkenal, Zizan Razak yang telah dilantik sebagai duta selebriti baru untuk produk Mamee Chef. Pada waktu yang sama, Mamee telah memperkenalkan dua lagi perisa lazat iaitu Perisa Laksa Kari Mamee Chef dengan tauhu kering dan santan, dan Perisa Ayam Pedas Shiitake MAMEE Chef dengan cendawan Shiitake. Sebelum ini, Perisa Ton Yam Thai MAMEE Chef, resepi asli untuk kedua-dua perisa baru ini dihasilkan bersama MAMEE dan chef terkenal, Dato’ Chef Ismail.
Di majlis santai ini juga, MAMEE telah menayangkan tiga versi iklan TV yang telah pun disiarkan di kaca TV yang menampilkan Zizan Razak dan Chef Ismail.
Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta Mamee Chef