in ,

Gambar Sekitar Pelancaran Produk SimplySiti Argan

Banyak betul majlis yang diadakan semalam. Tak menang tangan Budiey dibuatnya. Meriah betul Ramadan pada tahun ini. Syukurlah ya. Rezeki dari Allah tak putus-putus. Antaranya, Budiey sempat untuk singgah di Majlis Berbuka Puasa SimplySiti dan Pelancaran SimplySiti Argan. Haaa… sebut betul-betul ya, bukan Afgan… tak Argan. Majlis ringkas dan eksklusif ini diadakan di kediaman milik penaung SimplySiti yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Kira memang eksklusif betul majlis kali ini. Bukan apa, bagi media yang tak pernah datang mengunjungi rumah Siti, mungkin inilah masanya untuk melihat kediaman Siti dari jarak yang lebih dekat.

[pullquote align=”right”]Pejam celik pejam celik, dah 4 tahun rupanya jenama kosmetik SimplySiti berada di pasaran. Meneruskan tradisi saban tahun, menjelangnya Aidilfitri pasti ada pelancaran produk terbaru, dan kali ini dengan edisi SimplySiti Argan.[/pullquote]

Majlis diserikan dengan persembahan dari penyanyi Bienda dan tak sah kalau Dato’ Siti sendiri tak perform. Sebelum berbuka puasa, hadirin juga diberi santapan rohani dengan tazkirah oleh Ustaz Nordin. Majlis ini dihoskan oleh pengacara yang semakin meletop iaitu Karl Shafek dan Amy.

Untuk info, SimplySiti memperkenalkan dua produk yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna SimplySiti iaitu bedak dwi-cara Argan Wonder dan Argan Wonder Mascara yang begitu eksklusif. Dikhabarkan kedua produk ini adalah kosmetik pertama di pasaran yang menggabungkan ekstrak Argan sebagai ejen anti penuaan dalam format kosmetik.

Ekstrak Argan adalah bahan semulajadi terkini yang ditemui sainstis yang dapat membantu merangsang pengeluaran kolagen dengan cepat sekaligus membantu mencantikkan dan melambatkan proses penuaan kulit dengan begitu efektif.

Bukan senang untuk mendapatkan Argan ini. Ia dihasilkan daripada buah Argan yang merupakan pokok tertua di Morocco dan hanya boleh ditemui di negara itu. Kajian terperinci dari Switzerland telah membuktikan bahawa keunikan ekstrak buah Argan ini meningkatkan kepadatan kulit sebanyak 12.7% meningkatkan keanjalan kulit sebanyak 11.9% dan mengurangkan kedutan sebanyak 25.2%.

Kandungan anti-oksidanya yang tinggi dan kandungan vitamin E yang tinggi juga dapat membantu memperbaharui sel-sel kulit. Kerana keunikan dan vitamin E yang tinggi, SimplySiti berhasrat untuk menjadikan pengguna lebih nampak muda dan cantik berseri, tambahan lagi bila nak menjelang Aidilfitri nanti.

Untuk wanita yang di luar sana, anda boleh mencuba produk ini dengan membelinya di pasaran, Argan Wonder Powder berharga RM62.90 dan Argan Wonder Mascara berharga RM39.90.

Menurut Dato’ Siti Nurhaliza,

“Siti sangat teruja apabila SimplySiti Argan kini dipasarkan sebab Siti benar-benar yakin dengan faedah Argan ini yang amat baik untuk kulit yang cantik dan nampak muda selalu. Bersesuaian dengan musim perayaan hari raya ini, produk ini dilancarkan untuk semua wanita di luar sana. “

Seperti lazimnya, Dato’ Siti Nurhaliza sekali lagi akan turun padang untuk berjumpa pengguna dan mempromosikan produk terkini SimplySiti Argan dengan harga promosi hebat di mana kepada anda yang beli produk ini dengan nilai RM80, dapat sehelai tudung eksklusif secara percuma. Kepada peminat dan pengguna boleh temui Siti Nurhaliza di lokasi seperti Aeon Wangsa Maju pada 28 Julai, Sogo KL pada 2 Ogos dan Aeon Cheras Selatan pada 3 Ogos 2013.

Produk SimplySiti boleh dibeli di semua cawangan Watson’s Guardian, cawangan AEON, AEON Big dan Tesco terpilih, di Sogo KL dan juga Paloma, Brunei Darussalam.

Info lanjut, sila layari: www.SimplySiti.com.my dan boleh LIKE Facebook SimplySiti dan follow Instagram dan Twitter: OfficialSimplySiti.

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Siti Nurhaliza Argan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Sidang Media Anugerah Syawal TV3

Ara & Aris Spread Hari Raya Joy in Pavilion KL