in

Gambar Sekitar Pelancaran Album Tilu Ku Bukan Aku

Baru-baru ini, Tilu, sebuah kumpulan muzik yang semakin mencipta nama di Malaysia telah melancarkan album mereka berjudul Tilu di Laundry Bar, The Curve.

Biarpun sudah setahun lebih menceburi industri muzik tanah air, namun nama Tilu nampaknya masih kurang dikenali ramai di negara ini. Namun, selepas pelajar Akademi Fantasia 8 (AF8), Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Maulana mendendangkan lagu mereka yang berjudul Ku Bukan Aku pada konsert minggu ke-5, barulah kehadiran mereka dalam bidang seni mula mendapat perhatian.

Malah, Ku Bukan Aku juga mula digilai remaja sehinggakan lagu tersebut layak tersenarai dalam carta teratas di beberapa semua radio Melayu kerajaan dan swasta tempatan.

Ada yang berpendapat ini adalah salah satu strategi yang cuma digunakan Norman Abdul Halim atau Norman KRU untuk menaikkan nama Tilu yang menjadi artis baru mereka.

Namun, ada juga suara berbisik yang mengatakan bahawa populariti yang diraih Tilu ketika ini adalah disebabkan oleh Maulana. Apa pendapat Tilu sendiri. Adakah mereka setuju mereka telah menumpang populriti Maulana? Bagaimana pual dengan dakwaan segelintir peminat bahawa Maulana membawakan lagu itu dengan lebih baik lagi berbanding Tilu sendiri.

Sewaktu majlis pelancaran album Tilu yang diadakan di Laundry Bar, The Curves, Damansara pada petang semalam, band muzik yang dianggotai 8 anak muda yang disatukan daripada dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia ini mengakui tentang impak yang diterima mereka selepas Maulana menyanyikan single pertama mereka itu.

Malah, Tilu yang hadir di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil untuk menyaksikan sendiri persembahan Maulana pada konsert minggu ke-5 ini juga berpendapat bahawa Maulana telah menyanyikan lagu berkenaan dengan cara tersendiri dan terbaik sekali.

“Kami happy dan suka Maulana menyanyikan lagu tersebut dengan pelbagai stail. Maulana nyanyi dengan begitu dahsyat sekali,” ujar pemain flugal horn Tilu aitau Mohd Fareed Abd Aziz atau Fareed.

Selain Fareed, Tilu turut dianggotai vokalisnya, Nor Amirah Asraf (Mirah), Johar John Asraf Lucas (Johar/Drum), Puja Paska (Puja/bass), Reza Ramsey (Bajai/Keyboard), Kiki Rizki Rahadiyan (Kibas/gitaris), Mohd Firdaus Bohari (Daus/trumpet) serta Ahmad Jefny Kamar (Jeffny/Saxaphone).

Menjelaskan pula tentang pendapat orang ramai bahawa Maulana mendendangkan lagu tersebut lebih sedap berbanding apa yang dipersembahkan mereka sendiri, Mirah pula menjelaskan bahawa dia terima dengan pandangan tersebut dan ia adalah hak peminat untuk menilai.

“Ia bergantung kepada citarasa masing-masing. Namun, kami tak nafikan ramai yang suka dengan cara Maulana nyanyikan lagu tersebut. Saya juga berterima kasih kepada Maulana kerana memberikan warna untuk menyanyikan lagu ini dengan stail lain,” kata Mirah.

Mengulas lanjut tentang Tilu yang dikatakan semakin popular kerana Maulana, Fareed yang cukup ramah dengan media berpendapat Maulana menjadi salah satu faktor band mereka mula dikenali.

“Mungkin ada betulnya perkara tersebut. Namun, sejauh ini kami sudah menerima respon yang baik sebelum Maulana menyanyikan lagu ini. Video muzik lagu Ku Bukan Aku pun telah mendapat sambutan menggalakkan di Youtube sehingga mencecah 100,000 hits walaupun kami baru menyiarkan sejak 1 April lalu,” jelas Fareed.

Bercerita mengenai nama kumpulan ini, Johar yang juga sepupu kepada anggota KRU iaitu Norman, Edry dan Yusry menafikan penerimaan mereka menjadi artis naungan trio adik-beradik itu adalah kerana dia mempunyai pertalian saudara dengan mereka bertiga.

“Nama Tilu bermaksud Tiga. Tilu diambil dari bahasa Sunda. Tiga bermaksud kami ini mewakili 3 benua iaitu kepulauan Borneo, Semenanjung Malaysia dan Indonesia. Pada asalnya, Tilu dianggotai Johar, Puja dan Bajai saja. Dulu Johar dan Puja yang menjadi penyanyi.

“Sebenarnya, kami dah kenal sejak sekolah lagi. Ada juga ahli yang kami kenal melalui Facebook. Memang susah kami nak dapatkan keserasian. Namun, kami saling menghormati satu sama lain dan meminati benda yang sama. Kami berpegang pada persefahaman komunikasi untuk mendapatkan keserasian.

“Kami mula menandatangani kontrak dengan KRU pada Jan 2010. Pada asalnya, Tilu adalah kumpulan indie yang memperjuangkan irama Jazz. Niat kami memasuki dunia aliran mainstream adalah untuk membawa muzik Jazz ke era baru dengan menampilkan lagu-lagu Melayu seperti apa yang telah dilakukan oleh Ratu Jazz negara, Dato’ Sheila Majid.

“Hanya satu lagu iaitu Ku Bukan Aku dibuat oleh Edry. Yangs elebihnya iaitu 7 lagi lagu dibuat sepenuhnya oleh Puja,” jelas Johar.

Apapun, Tilu tidak menafikan banyak mencuba nasib dengan label lain selain mendapat banyak tawaran. Namun, Tilu bersyukur diberi platform oleh KRU untuk ke depan dan akan menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.

“Kami pilih KRU kerana kami nampak masa depan kami bersama KRU. Walaupun kami dah jadi artis KRU, kami tidak akan lari dari rules sebagai artis Indie iaitu menyertai banyak gig dan festival. Tidak lama lagi kami rancang untuk menyertai festival Jazz. Kami juga akan membawa muzik kami ke Indonesia memandangkan 3 anggota band kami ini berasal dari seberang iaitu Puja, Bajai dan Kibas,” kata Johar.

Turut hadir pada pelancaran album Tilu adalah Edry Abd Halim dan Dato’ Sheila Majid yang menjadi ikon Jazz negara serta sumber inspirasi kumpulan Tilu.Artis baru naungan KRU Studio, Tilu yang dibarisi Nor Amirah Asraf (Mira/ vokalis), Johar John Asraf Lucas (Johar/Drum), Puja Paska (Puja/bass), Reza Ramsey (Bajai/Keyboard), Kiki Rizki Rahadiyan (Kibas/gitaris), Mohd Firdaus Bohari (Daus/trumpet), Mohd Fareed Abd Aziz (Fareed/flugal horn) dan Ahmad Jefny Kamar (Jeffny/Saxaphone) mula dikenali selepas pelajar Akademi Fantasia 8 (AF8), Maulana menyanyikan single Tilu bertajuk Ku Bukan Aku pada konsert mingguan AF8 baru-baru ini.  kredit: Portal Murai

Info Ahli Tilu

Nor Amirah Asraf (Mirah) 20, Pelajar
Johar John Ashraf Lucas (Johar Lucas), 25, Bekerja
Puja Paska (Puja), 33, Indonesia, Bekerja
Reza Ramsey (Bajai), 28, Indonesia, Bekerja
Mohd Firdaus Bohari (Daus), 23, Bekerja
Mohd Fareed Abd Aziz (Fareed), 25, Pelajar
Ahmad Jefny Kamar (Jefny), 25, Graduan IT
Kiki Rizki Rahadiyan (Kibas), 26, Bekerja

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lann A To Z Lancar Album Solo

Awal Ashaari Hos Cerita Teh Tarik F&N