Kalau album pertama dulu dikatakan gagal menambat hati peminat muzik tanahair, kini Atilia cuba memikat lagi dengan album terbaru Indah. Jauh di sudut hati Atilia ingin lagunya dimainkan di radio kerana lagu-lagunya mengikut selera pendengar Malaysia. Album ini dikatakan taklah terlalu jazzy berbanding lagu-lagu dalam album pertama dulu. Album Indah ada unsur pop dan Atilia berharap agar diberi peluang sekali lagi.
Berikut gambar sekitar pelancaran album ini yang berlangsung di Celebrities Hall Club, di Mont Kiara. Kredit : Metamobile