WATAK DONGENG DI DUNIA MODEN
Dua dunia, satu sumpahan dan sebuah harapan
Sekiranya anda menjangkakan bahawa setiap kisah dongeng akan berakhir dengan kebahagiaan yang kekal abadi, anda mungkin perlu memikirkannya semula. Terbaru, Saluran Ceria Anda, ntv7 akan membawakan sebuah siri TV terkenal Once Upon A Time bermula 28 Oktober, setiap hari Ahad jam 9.30 malam buat pertama kalinya di saluran TV tidak berbayar Malaysia.
Siri Once Upon A Time dicipta oleh penerbit eksekutifnya, Adam Horowitz dan Edward Kitsis yang juga pernah membawakan siri hebat Lost sebelum ini.
Mengetengahkan kisah puteri salju sebagai premis utama, Once Upon A Time bukanlah sekadar kisah cermin ajaib mahupun epal beracun, malah jalan cerita uniknya membawakan kisah selanjutnya mengenai pasangan Snow White dan Prince Charming yang disangkakan berakhir dengan pengakhiran yang penuh bahagia.
Berlatarkan dua dunia berbeza di antara moden dan fantasi, Once Upon A Time mengisahkan kehidupan Emma Swan (Jennifer Morrison), 28 tahun yang sering bersendirian sejak ditinggalkan ketika dia masih bayi. Namun segalanya berubah apabila anak kandung yang pernah diberikannnya beberapa tahun lalu tiba-tiba datang menemuinya. Henry yang kini berusia 10 tahun amat memerlukan pertolongan Emma. Henry percaya bahawa Emma sebenarnya adalah anak kepada Snow White dan Prince Charming. Menurut buku yang dimiliki Henry, hanya Emma satu-satunya harapan bagi menamatkan sumpahan Evil Queen. Sumpahan itu telah memerangkap kesemua hidupan dongeng di sebuah bandar bernama Storybrooke di mana masa dibekukan dan memori identiti sebenar mereka telah dipadamkan.
Menggunakan teknik imbas muka dan imbas kembali, para penonton bakal didedahkan kepada kedua-dua dunia fantasi dan moden untuk mula memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku. Bersiaran selama 22 episod, penonton pastinya akan mula cuba mencari jawapan kepada setiap persoalan yang timbul.
“Mesej yang cuba disampaikan melalui siri rancangan ini adalah mengenai HARAPAN. Itu sebabnya kami sukakan kisah dongeng,†kata Edward Kitsis dalam sebuah temubual sebelum ini.
Siri dongeng yang di bawa ke alam moden ini pasti mampu menarik ramai penonton tatkala karakter kesukaan mereka membawakan sisi baru dalam kehidupan realiti. Malah nama-nama mereka juga ditukar “Membawa watak-watak dongeng ini ke dunia nyata dan bereksperimentasi dengan karakter ini di alam kita (sebenar) dan menggabungkan mereka bersama diharapkan memberi pelbagai kelainan dalam siri ini,†kata Adam Horowitz.
Ditemui di majlis pra-tonton siri TV tersebut, Emilya Ab Rahim, Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama, Komunikasi Jenama, Projek Khas & Acara ntv7 berkata bahawa siri yang bakal disiarkan di Saluran Ceria Anda itu merupakan sebuah lagi kandungan yang dilihat bakal menceriakan lagi penonton setianya. ntv7 sentiasa cuba untuk menawarkan variasi siri Hollywood terbaik bagi memberikan kandungan yang menarik dan kompetitif. Kami berharap siri TV Once Upon A Time bakal menjadi sebuah lagi kandungan yang mantap buat tatapan penonton setia kami,†kata Emilya.
“ntv7 sebelum ini memang terkenal dengan siri Hollywood seperti Grey’s Anatomy, Private Practice, The Mentalist, Bones dan banyak lagi. Kami yakin Once Upon A Time bakal menjadi sebuah lagi judul hits di ntv7,†tambah Emilya.
Once Upon A Time dibintangi barisan pelakon terkenal Ginnifer Goodwin sebagai Snow White/Mary Margaret, Jennifer Morrison sebagai Emma Swan, Lana Parrilla sebagai Evil Queen/Regina, Josh Dallas sebagai Prince Charming/John Doe dan ramai lagi. Anda pastinya akan teruja melihat pelbagai lagi watak dongeng seperti Red Riding Hood, Pinocchio, Rumplestiltskin, dan ramai lagi menjalani kehidupan seperti manusia biasa di dunia moden.
Benarkah Emma Swan adalah satu-satunya HARAPAN yang mampu merungkai sumpahan Evil Queen sebagai ahli sihir jahat mahupun menundukkan Regina sebagai Datuk Bandar yang kejam? Saksikan Once Upon A Time yang bakal menemui anda bermula 28 Oktober, setiap hari Ahad jam 9.30 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7. Layari www.ntv7.com.my untuk maklumat lanjut atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook dan Twitter.