Malam Pembukaan AIFFA 2013 telah pun berlangsung menyaksikan delegasi 6 buah negara yang terlibat telah hadir untuk meraikan Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) buat pertama kalinya diadakan di Kuching Sarawak.
Memulakan acara berprestij ini dengan Movies In The Rainforest, AIFFA turut dimeriahkan dengan acara Majlis Pembukaan AIFFA di Dewan Lagenda, Perkampungan Kebudayaan Sarawak.
Sebanyak 6 buah negara yang menyertai delegasi AIFFA 2013 dan mereka disambut dengan penuh keramahan dan tradisi gaya serta budaya Sarawak.
Sejurus selepas acara menyambut tetamu, semua delegasi dibawa berjalan kaki menuju ke Alam Persada untuk acara koktel dan santai kasual. Di sini Budiey boleh lihat semua delegasi mengambil masa untuk mengenali satu sama lain, yang dah lama tak jumpa turut rasa teruja dapat bertukar fikiran dan bertemu serta bersatu hati di acara yang mengumpulkan penggiat dan pelakon filem ini.
Kemudian, jam 8 malam, acara Majlis Pembukaan dimulakan dengan pengacara Henry Golding bersama persembahan tarian budaya Sarawak.
Gambar kredit kepada HazmilJapilus Photography
Nancie Foo turut menyertai delegasi Malaysia
Esma Daniel
Radhi Khalid
Budiey sempat menembual Shaheizy Sam
Sofea Jane, Vanidah Imran & Dain Said
Esma Daniel
Dain Said
Pekin Ibrahim nampaknya mesra berbual-bual dengan sekuriti yang mengiringi kami
Entah apa yang diperkatakan oleh Nancie Foo bersama Sofea Jane
Vanidah Imran
Sofea Jane aka Zaleha
Tony Eusoff
Pansha turut dikalung mengikut gaya budaya Sarawak
Pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideen
Pekin Ibrahim
Jericho