in

Gambar Sekitar Malam Media Red Box 2013

MALAM MEDIA RED BOX 2013

Malam Media Red Box, sebuah acara tahunan anjuran kumpulan karaoke terkemuka Red Box, diadakan sekali lagi di Red Box Ria, Tingkat 8, KL SOGO pada hari Rabu, 27hb Februari 2013. Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis dilengkapkan dengan penyampaian Anugerah Lagu Karaoke Popular 2012, yang terdiri dari 10 Lagu Karaoke Inggeris & 10 Lagu Karaoke Melayu Popular 2012.

Media Nite Red Box

Ms Valerie Choo, Pengarah Urusan Red Box, sewaktu ucapannya memberitahu, “Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan untuk lagu-lagu yang mengungguli carta Red Box sepanjang 2012. Setiap lagu yang tersenarai adalah dibuat berdasarkan pemilihan para pelanggan dari setiap cawangan Red Box, Red Box Ria, Green Box & Red Box PLUS sendiri. Selain bersandarkan populariti dan kekuatan lagu itu sendiri, peranan dari pengamal media dan aktiviti promosi bersama artis yang dijalankan bersama syarikat rakaman turut menyumbang sesebuah lagu itu untuk kekal menjadi pilihan pelanggan Red Box”.

Ms Valerie Choo turut melahirkan rasa terharu beliau terhadap keprihatinan dan kesungguhan media dalam menyampaikan pelbagai mesej positif tentang perkembangan Red Box. Beliau berharap agar jalinan sedia ada ini berterusan dalam membantu usaha Red Box memartabatkan lagi industri muzik negara.

Menurut beliau lagi, “Kini, selepas lebih sepuluh tahun berada dalam industri, kami terus melangkah ke hadapan dalam mengukuhkan lagi jenama Red Box agar bertepatan dan terus relevan dengan kehendak pengguna. Red Box hari ini gigih memastikan semua Saluran Media Baru (New Media Network) selari dengan tren semasa. Secara amnya, Red Box mempunyai Laman Web rasmi sebagai saluran informasi, YouTube sebagai saluran TV/Video, Twitter & Instagram sebagai saluran Komunikasi. Dan, semua saluran ini berhubung terus ke Facebook rasmi Red Box iaitu www.facebook/redboxfans sebagai saluran utama. Semoga dengan lengkapnya rangkaian media baru ini, Red Box mampu mengekalkan keunikannya berbanding pusat karaoke di luar sana.”

Majlis yang mengiktiraf populariti lagu karaoke tempatan & antarabangsa ini turut menyaksikan kemunculan artis ternama seperti Adira, Hafiz, 6ixth Sense, Klangit dan penyanyi dari seberang, Astrid yang berada di Malaysia untuk mempromosikan album keduanya. Tentatif majlis turut disusuli dengan acara berkaraoke, makan malam, permainan dan cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan ialah produk elektrik, hamper sumbangan ADABI, hamper sumbangan Jamu Mak Dara, baucer tunai, kamera digital, set wangian, set make-up dan hadiah utama seperti TV LCD 40” dan mini iPad.

Majlis turut menyaksikan pelancaran WE CARE, sebuah projek amal yang membantu mengumpul dana untuk tabung kebajikan Utusan Karya Sdn. Bhd. Perasmian dibuat oleh Ms Valerie sendiri disaksikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Datin Salida Ibrahim, Editor URTV, Huzzaini Kamaludin dan penaja utama yang diwakili Pengurus Besar Pemasaran ADABI, En Adrian Haji Roslan & Penolong Pengarah Shellys Marketing, Mr Vincent Tan. Melalui beg amal WE CARE yang dijual di semua rangkaian Red Box, RM10 akan didermakan kepada dana terbabit. WE CARE tahun ini adalah yang kedua, selepas kejayaannya menyalur sejumlah RM17,000 kepada tabung Yayasan Nur Karangkraf pada 2012.

Media Nite Red Box

Media Nite Red Box

Media Nite Red Box

Media Nite Red Box

Media Nite Red Box

Media Nite Red Box

Media Nite Red Box

Media Nite Red Box

Media Nite Red Box

Media Nite Red Box

Media Nite Red Box

Media Nite Red Box

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Pass Anugerah & Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013

Owen Yap & Nora Danish as UNIQLO Local Ambassadors for 2013