Semalam, Budiey mengikut rombongan ke Cinta Sayang Resort, Sungai Petan, Kedah untuk satu program ramah mesra dan pelancaran album Infinatez anjuran Eouphonius. Selain Infinatez, ada juga artis lain termasuklah Rain, Inspector Linggam (pelakon Gerak Khas), Shahhir Wan dan ramai lagi.
Perjalanan ke Sungai Petani mengambil masa 8 jam. Bermula dari KL Sentral, Budiey menghabiskan masa dengan mendengar lagu, menonton movie dan tidur masa dalam bas.
Jam 9 malam tadi, kami diraikan dalam majlis makan malam bersama penaja utama iaitu Cinta Sayang Resort. Selepas menjamu selera dengan masakan steamboat, kami bersantai dengan permainan magical chair dan kotak beracun.
Hari ini, jam 9 pagi, program akan bermula dengan senamrobik dan ada telematch serta treasure hunt di The Carnivall Water Park.
Jam 4 petang ada pelancaran album Infinatez. Oklah Budiey nak tidur dulu…. bye all!