Majlis perkahwinan pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay telah pun melabuhkan tabirnya. Namun, ramai pembaca yang mahu melihat gambar-gambar sekitar majlis akad nikah dan resepsi Liyana Jasmay.
Pada sebelah malam 2 Februari lalu, majlis resepsi berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Rona hitam putih sebagai tema. Berkonsepkan ‘Old Hollywood Glam’, majlis ringkas, elegen dan penuh dengan kasih sayang ini cukup meriah dihadiri seramai 1000 terdiri daripada selebriti tempatan selain sanak-saudara dan rakan-taulan.
[pullquote align=”right”]Antara selebriti yang hadir ialah, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Farid Kamil, Nur Fazura & Lisa Surihani bersama Yusri antara selebriti yang hadir di majlis resepsi LJ & Fathuddin.[/pullquote]
Para tetamu mula hadir sejak jam 8 malam. Antara selebriti yang kelihatan, Awal Ashaari dan isteri Scha Al-Yahya, Chelsia Ng, Fazura, Umie Aida & suami, Eja, Marsha, Lisa Surihani dan Yusri, Norman (KRU) dan isteri, Tam Suhaimi, Zain Raffedge & Isteri, Farid Kamil, Dira Abu Zahar, Erul (AF), Ana Dahlia, Farish, Sofea Jane, Eirma Fatima, Fizo Omar, Hanez Suraya, Paan (Bunkface) dan ramai lagi.
Menurut perunding majlis perkahwinan Liyana, Faiz Sabari dari Reka Teemor Sdn. Bhd. konsep ‘Old Hollywood Glam’, menampilkan elemen klasik Hollywood yang diberi nafas baru atau moden. Idea dan konsep majlis ini 100 peratus daripada Liyana sendiri.
Kira-kira jam 9 malam, pasangan mempelai masuk ke dalam dewan diiukti bacaan selawat. Liyana anggun mengenakan gaun labuh berona putih sementara suaminya Fatuddin segak bersut tuxedo hitam. Gaun Liyana merupakan ilham pereka terkenal, Jovian Mandagie.
Farish Aziz, selaku pengacara berkata Liyana tidak suka mendengarnya berpantun, tapi Farish tetap berpantun ketika memulakan kata-kata aluan dan ucap selamat datang kepada para tetamu yang hadir.
Majlis diteruskan dengan sesi menepung tawar, dimulakan dengan kerabat Negeri Sembilan, Tengku Jawahir, Datuk Dr. Abdul Latif Mohamad dan isteri, Tan Sri Yusof Nor, Tuan Hj. Zakaria dan isteri, serta ayahanda daan bonda pengantin lelaki, Hj. Mazlan Zakaria dan Hjh. Jamilah Rahman juga ayahanda dan bonda penganti perempuan Datuk Jasmay Shah dan Datin Habsah Sipun.
Sewaktu majlis santapan, pasangan pengantin dan para tetamu diperdengarkan lagu persembahan band AG & Co. (kawan-kawan baik Liyana sendiri). Antara lagu-lagu yang didendangkan ialah Selalu Denganmu, L.O.V.E, Buktikan, Hadirmu dan Linger. Lagu-lagu tersebu adalah pilihan Liyana yang ditujukan khas untuk suami tercinta.
Selain itu tetamu juga dipertontonkan dengan video eksklusif menceritakan detik-detik perkenalan daan bibit-bibit cinta mempelai dua sejoli ini.
Kemuncak majlis diteruskan dengan acara memotong kek. Liyana anggun dengan persalinan gaun putih-merah jambu rekaan Rizman Ruzaini sementara Fathuddin segak berkot hitam.
Majlis resepsi berakhir kira-kira jam 11 malam. Sebelum tetamu pulang, Liyana dan Fathuddin bersalaman dengan semua yang hadir.