Baru-baru ini, bertempat di Sri Pentas telah diadakan majlis ramah mesra dengan para pelakon drama seram terbaru, Tower 13. Ramai juga pelakon yang hadir seperti Bront Palarea, Dira Abu Zahar, Fara Aliya, Azhan Rami dan Rahim Omar.
Kalau diperhatikan, sememangnya drama seram begitu mendapat sambutan di mana rating jumlah penonton agak mengalakkan sehingga mencecah 3.4 juta penonton. Ramai tu….
Setelah siri Susuk, Puaka Niang Rapik dan Keliwon, kini penonton disajikan pula dengan Tower 13 yang akan menemui penonton setia TV3 setiap Khamis jam 9.30 malam mulai 6 Ogos 2009.
Tower 13 yang diarahkan oleh pengarah terkemuka Khabir Bhatia ini akan bersiaran sebanyak 13 episod dan diterbitkan oleh Filmscape Production Sdn. Bhd. Siapa yang tak kenal dengan Khabir Bhatia di mana beliau sangat popular menghasil drama yang ada impak, baik dari segi filem, telemovie mahupun drama bersiri, semuanya mantap.
Ini dia pengarah Tower 13… Khabir Bhatia
Siri ini adalah buah tangan ke-2 Khabir Bhatia dalam penghasilan drama siri bergenre seram. Sebelum ini, beliau pernah mengarahkan siri ”KekasihKu Seru” yang juga pernah menghiasi slot yang Seram.
Kali ini ”Tower 13” mengetengahkan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palare (Adam), Azhan Rami (Detektif Malik), Dira Abu Zahar (Maria), Fara Aliya (Detektif Aishah) dan Rahim Omar (Ustaz Khalid). Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Pn Nurul Aini Abu Bakar berkata, ”Kami sentiasa mencari kelainan di dalam setiap penerbitan sesebuah drama terutama yang berbentuk seram maka kami tidak ragu-ragu untuk bekerjasama lagi dengan Khabir Bhatia.
Azhan Rami sebagai Detektif Malik
Dira Abu Zahar sebagai Maria