Pada 6 Mei lalu, Dewan Philharmonik Petronas telah mengadakan satu sesi preview media untuk pementasan Titian Zaman oleh Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP) di Dewan Lambang Sari.
Untuk info pembaca, pementasan ini akan dipertontonkan kepada umum pada 13 Mei dan 14 mei ini pada jam 8.30 malam. Tiket-tiket berharga RM35, RM30, RM20 dan RM10 boleh dibeli di talian 03-20517007, fax 03 20517077 atau datang sendiri ke kaunter DPP, KLCC.
Para media yang dijemput telah dipertontonkan beberapa babak menarik atau abstrak sedutan daripada keseluruhan persembahan iaitu segmen pertama: dramatari Semerah Padi dan segmen kedua: tarian potpuri.
Tarian Piring, pastikan piring tidak pecah ya.
Tenaga kreatif seperti pengarah, kareografer dan penari diperkenalkan kepada media. Selain itu, tarian untuk segmen kedua iaitu Tarian Zapin Tangkas Beralun dan Tari Lilin Ceracap turut dipersembahkan. Antara tarian lain yang akan dipersembahkan pada minggu hadapan ialah Tari Puteri Asyik, Tari Seri Inai, Tari Seri Damak, Silat Tari Piring, Sowodatip dan Tarian Sakti.
Untuk persembahan Dramatari Semerah Padi yang diadaptasi dari filem arahan Tan Sri P. Ramlee, tarian dibentuk daripada pergerakan harian yang senang difahami. Maklum sahajalah, dramatari sebenarnya tidak ada dialog. Bermakna penonton perlu memahami jalan cerita atau skrip melalui pergerakanm tarian itu sendiri.
Konsep realisme dalam dramtari diterap sebegitu teliti. Contohnya, kalaulah ada bau durian di dalam skrip atau cerita itu, pasti durian itu akan diletak di atas pentas bagi memberi bauan sebenar kepada penonton. Itu hanyalah contoh yang Budiey berikan untuk kasi korang faham saje.
Mood penonton akan dijaga sebaik mungkin untuk mengelakkan dari menjadi bosan. Ekspressi wajah dan gerak geri bersesuaian dikareografi sebaik mungkin.
Adegan Aduka dan Dara bercinta dan akhirnya dihukum rotan 100 kali dipaparkan untuk memberi pengajaran dan iktibar kepada penonton. Setiap manusia perlu bertanggungjawab untuk setiap kesilapan yang dilakukan. Yang baik dibalas dengan baik dan begitulah sebaliknya.
Selama seminggu telah diambil untuk menghasilkan skrip. Manakala kareografi direka selama satu bulan untuk persembahan pendek iaitu 42 minit.
Gambar-gambar menarik sekitar preview media – Titian Zaman: