Rasanya dah banyak diwar-warkan kat sini, yang mana teater GAMAT akan dipersembahkan di pentas Panggung Sari, Istana Budaya bermula pada 3 Oktober ini. Jadi, jomlah kita gamatkan sama-sama panggung yang dikatakan terbaik di Asia nih. Apatah lagi dengan ada peralatan yang canggih dan Budiey rasa korang tak terkejut kalau Budiey katakan IB adalah antara 10 panggung teater terbaik di dunia~! Harap korang pun tak terkejut kalau dapat menyaksikan para pelakon yang sebgitu ramai berhimpun dalam satu pentas yang sama. Pelakon GAMAT memang ramai. 90 orang lebih~!
Biasanya, teater muzikal kanak-kanak memang ramai yang nak tengok sebab ianya berkonsepkan kekeluargaan. Jadi semua ahli keluarga boleh tengok termasuklah kanak-kanak (dah tentu lah) hinggalah ke Tok Pah dan Mak Pah sekali.
Sebelum kehabisan tiket, baik korang pergi ‘chopp’ dan beli tiket awal-awal. Biasanyalah, Budiey amati dari dulu, masa teater Siti di Alam Fantasia, Muzikal Ali Baba, Aladdin dan Sinbad, memang pecah panggung! Tiket boleh habis pada hari pementasan.
Pada 29 September yang lalu, Budiey telah menghadiri satu majlis santai sambil berhari raya bersama dengan pelakon dan juga penaja teater GAMAT. Selebriti ternama yang membintangi teater ini juga hadir. Amy Mastura dan anaknya, Natasha Hudson pun ada… dan ramai lagilah.
Natasha Hudson dan Amy Mastura sedang bersiap sedia
Gambar Amy ni Budiey ambik masa dia sedang ditemuramah oleh press Chinese. Liputan meluas~!
Juga disampaikan cenderamata dan frame berupa poster GAMAT kepada penaja yang mendokongi teater ini. Memang teater sebesar ini perlu ada sokongan dan bantuan daripada syarikat korporat dan kerajaan. Kalau tak, memang tak dapat jalan. Dengarnya, kos pun semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Di majlis itu, penerbit Muzikal GAMAT iaitu Cik Siti Rohayah Attan dan Ketua Pengarah Istana Budaya, YBhg. En, Mohammed Juhari Shaarani pun ada berucap.
Cik Rohayah Attan bersama dengan pengarah dan juga pelakon.
Kemudian ada diperkenalkan para pelakon. Memang ramai, jadi terpaksalah dilakukan mengikat watak. Dimulakan dengan yang ini…
Yang ni lak kesian… sorang-sorang dia aje…
Comel-comel semuanya… budak-budak ni kalau berlakon memang nampak lagi cute~
Eh-eh macam Budiey kenal je yang berdiri kanan sekali tu… mmm… itu dia… Elly, wartawan dari Portal Murai pun ada~!
Akhir sekali… ini dia diperkenalkan keluarga GAMAT, ada ibu gamat, bapa gamat dan anak-anaknya yang comel tu.
Adik nakal ni jadi anak gamat. Memang kelakar. Boleh buat lawak spontan.
Pergh~! Anith OIAM…. sooo mantap one~! So sweet~
Ehem-ehem… Anith OIAM ada apa-apa ke dengan seorang pelakon ni? Gosip jangan tak gosip~
Okay… itu aje yang Budiey sempat pamerkan.
Amacam, teruja nak tengok teater ni? Dah beli tiket?