Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah Pelakon Liyana Jasmay
Pada jam 9 pagi ini, Budiey telah hadir di Majlis Akad Nikah Liyana Jasmay yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Jalan Putra, Kuala Lumpur. Berikut ini antara gambar yang sempat Budiey siarkan secara live blogging di lokasi.
Berita: Dengan dua kali lafaz, pasangan Liyana Jasmay, 25, dan Fathuddin Mazlan, 29, selamat diijabkabulkan pada jam 10.20 pagi tadi, hari Sabtu, 2 Februari 2013 bersamaan 21 Rabiulawal 1434H di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, Jalan Putra, Kuala Lumpur
[pullquote align=”right”]Akad nikah pernikahan berlangsung kira-kira pukul 10.20 pagi sejurus selepas upacara doa, berbalas pantun dan juga khutbah dari Pendaftar Perkahwinan.[/pullquote]
Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.
Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas bernilai RM5500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang.
Liyana dan Fathuddin tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rona putih rekaan Jovian Mandagie manakala Fathuddin segak berbaju Melayu dari rona sedondon.
Juruvideo rasmi perkahwinan Liyana Jasmay dibuat oleh The Malaya dan jurugambar pula dibuat oleh www.mukhrizudey.com
Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada sebelah malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).