Gambar Sekitar Konsert Nawal Al-Zoghbi di KLCC

KONSERT PENYANYI TERKEMUKA LUBNAN,
NAWAL AL-ZOGHBI GEGARKAN KUALA LUMPUR!

Konsert “Nawal Al-Zoghbi Live In Malaysia 2010” telah berlangsung dengan jayanya di Kuala Lumpur Convention Centre dimana penyanyi yang berasal dari Lubnan tersebut menyajikan persembahan mengasyikkan yang memukau lebih 3,000 penonton yang datang menyaksikan konsert julung kali Nawal di Malaysia.

Hadirin yang hadir amat teruja dan memberikan tepukan gemuruh ketika Nawal keluar ke pentas untuk membuat persembahan lebih dua jam dimana beliau menyajikan lagu-lagu hit dari 13 buah albumnya. Persembahan tersebut diiringi 13 pemuzik profesional yang didatangkan khas dari Lubnan.

Diantara lagu yang dinyayikan Nawal adalah Yama Alou dan Elli Tmannetou. Lagu terbaru Nawal yang berjudul “Mouna Einah” mendapat sambutan hangat manakala lagu hit “Al-Layaly” membuatkan para penonton bangun dan menari bersama penyanyi tersohor Lubnan itu.

Rangkaian medley lagu-lagu dari koleksi album beliau terus membuatkan penonton bergelek mengikut irama yang amat mengasyikkan.

Persembahan Nawal agak berbeza dari penyanyi yang lain dimana beliau bernyanyi secara berterusan selama dua jam tanpa rehat atau menukar pakaian. Beliau berjaya mengekalkan kekuatan vokal dan juga persembahan penuh yang bertenaga walaupun tiada penari latar yang mengiringi persembahan beliau.

Selain itu, Nawal juga tidak mengikut pilihan lagu yang telah ditetapkan dimana beliau mengambil keputusan untuk menyanyikan lagu yang diminta oleh para penonton.

Ini jelas membuktikan bahawa Nawal adalah seorang penghibur yang unggul dan mementingkan kepuasan para penonton yang hadir di konsert beliau.

Ditemui selepas konsert, Nawal menyatakan “Saya amat puas membuat persembahan di Malaysia. Saya gembira apabila para penonton bangun dari kerusi dan sama-sama menari dengan saya. Bagi saya, kepuasan penonton adalah amat penting bagi setiap konsert”.

“Saya amat terharu kerana ramai penonton dapat bergembira dan menikmati persembahan saya walaupun ramai yang kurang memahami bahasa Arab” Jika diberi peluang, saya ingin kembali untuk membuat sau lagi konsert di Malaysia”, tambah Nawal.

Konsert tersebut mula tepat jam 9.00 malam dan berakhir kira-kira pukul 11 malam. Terdapat juga barisan artis yang hadir menyaksikan konsert penyanyi tersohor Arab ini seperti Betty Banafe, Farhan, Dior Shaari, Nurul, Zhana dan ramai lagi.

Penonton konsert Nawal ini juga dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi terkenal Malaysia, Faizal Tahir yang menyanyikan dua buah lagu iaitu Bencinta dan Selamat Malam.

Penyanyi yang amat terkenal diseluruh bumi Arab ini sudah bertapak selama 20 tahun dalam industri hiburan dan pernah menerima pelbagai pengiktirafan dalam bidang seni. Beliau mula dikenali selepas menyertai pertandingan nyanyian, Studio El Fann pada tahun 1988.

Menurut Nawal, peluang untuk mengadakan konsert diluar bumi arab adalah sangat dinantikan kerana beliau ingin bertemu peminat-peminat muzik arab terutamanya di negara Asia.

Konsert yang dianjurkan oleh Jojo Events Sdn Bhd ini juga merupakan konsert amal dimana RM30,000 daripada kutipan tiket akan disalurkan kepada rumah kebajikan Nursalam.

Di majlis sidang media, Nawal menyampaikan hamper dan hadiah peribadi kepada kanak-kanak dari rumah kebajikan tersebut.


Konsert Nawal Al Zoghbi

Konsert Nawal Al Zoghbi

Konsert Nawal Al Zoghbi

Konsert Nawal Al Zoghbi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM Beri Hadiah Kepada Pemenang Lagu Berduit

Jemputan: Sessi Pengenalan di AsterSpring Pavilion