Menyorot kembali empat hari yang lalu, ketika mana sebuah kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG telah terbang ke Sydney untuk menggegarkan dewan Allphones Arena, Sydney dengan gegak gempita si peminat menggelarkan diri mereka VIPs yang cukup menggila. Bukan kerana apa, difahamkan tiket yang dijual begitu laris macam goreng pisang panas.
Membuka pentas dengan sebuah lagu terbaru, BANG BANG BANG… kumpulan yang terdiri daripada lima orang yang cukup stylo ini menampilkan showmanship yang cukup membuatkan peminat berteriak. Apatah lagi apabila lagu Tonite, Stupid Liar dan lagu Haru Haru yang disampaikan secara akustik memukau sekalian penonton yang rata-ratanya terdiri daripada Mat Salleh dan Minah Salleh.
Taeyang juga tidak lupa menayangkan lagunya Eyes Nose Lips manakana Seungri juga dengan gaya seksinya membawa lagu Strong Baby.
Interaksi BIGBANG dengan peminat sangat amazing. Energi mereka juga sangat menggila. Menutup konsert malam itu dengan lagu keramat yang menebarkan pengaruh muzik ke seluruh dunia dengan aura fashion. Sebelum itu, G-Dragon berucap dalam bahasa Inggeris sebagai pesanan terakhir di konsert tersebut.
Ternyata, itu tak cukup. Peminat meminta lagi. Mereka keluar menyanyikan lagu We Like to Party dengan gimik letupan dan juga belon yang besar.
Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat dirakam ini.