in

Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang

[dropcap]B[/dropcap]ukit Layang-Layang, Pasir Gudang pada 11 Mei lalu bertukar wajah melalui penganjuran pesta Karnival yang menampilkan pelbagai persembahan kesenian dan kebudayaan. Lebih 30,000 para pengunjung berhibur dan menikmati pelbagai persembahan aktitviti seni dan budaya anjuran Karnival Seni Kreatif Kita (KSKK).

Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang

Rakyat Malaysia berbagai keturunan dan lapisan masyarakat berkunjung ke satu lokasi untuk memenuhi masa lapang dihujung minggu melalui pelbagai persembahan hiburan dan kebudayaan oleh para artis dan pemuzik tempatan. Persembahan karya seni lukisan dan kraftangan , serta bazar jualan makanan dan minuman, ruang pelbagai jenis alat permainan untuk kanak-kanak dan lain- lain.

[pullquote align=”right”]Bergembira dihujung minggu di Karnival Seni Kreatif Kita dengan pelbagai persembahan seni dan budaya anjuran My Performing Arts Agency[/pullquote]

Bertempat di Muzium Bukit Layang-Layang, Karnival Seni Kreatif Kita 2013 telah dirasmikan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris D.K. (Johor) S.P.M.J, S.P.C.M.,, selaku Penaung Kehormat KSKK. Aturcara perasmian yang telah berjalan dengan lancar ini turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Norliza Rofli, Ketua pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta Pn. Izan Satrina, Pengasas dan Pengarah My Performing Arts Agency (MYPAA) dan dif-dif kehormat di Johor.

KSKK merupakan satu projek yang diilham, dirancang dan diusahakan oleh MYPAA dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Disamping telah dikenalpasti sebagai satu Entry Point Project (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) NKEA Komunikasi Kandungan dan Infrastruktur (CCI), KSKK juga mendapat sokongan padu dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Karnival kemasukan percuma ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran setiap anggota masyarakat terhadap bidang seni dan budaya selain untuk mendekatkan seni kepada rakyat amnya. Antara tarikan utama persembahan hari ini adalah kumpulan folk rock terkemuka Azmyl Yunor & The Siggarettes, kumpulan rock band Primitive Leap dan kumpulan Johor indie rock band Medinee, bengkel Zapin dan Joget oleh ASWARA Dance Company, pementasan teater oleh Shakespeare Demystified, bengkel tari moden bersama Slashoot dan pelbagai lagi.

“Saya percaya seni menentukan jiwa kita sebagai insan, dan sebagai individu kita perlu memainkan peranan dalam usaha memupuk dan menghidupkan seni.” – Datuk Seri Michelle Yeoh

Keesokanharinya akan menapilkan persembahan lawak jenaka oleh kumpulan tersohor Lawak Ke Der (antaranya pelawak Sharifah Shahira dan Osbon), juga persembahan oleh komposer muda yang diminati ramai, Najwa Latif (yang pernah membuat persembahan bersama Greyson Chance), kumpulan Couple (antara 25 Rolling Stone Best band Myspace) dan lain-lain lagi. Selain daripada persembahan lawak jenaka, muzik dan nyanyian, sesi bentangan idea kreatif untuk mendapat bantuan dana, persembahan teater dan persembahan kesenian dan kebudayaan tradisional Johor, berbagai jenis permainan untuk kanak-kanak turut disediakan untuk hiburan para pengunjung yang datang untuk bersantai dan berhibur bersama keluarga dihujung minggu.

“Kita menampilkan lebih 300 para artis dan lebih 30 persembahan menarik di satu lokasi. Para pengunjung yang ramai bersama keluarga telah datang ke Bukit Layang-layang membentangkan tikar di atas padang rumput yang hijau, berpiknik sambil bersantai dan berhibur dengan berbagai persembahan dan hiburan yang disediakan. Menanam minat terhadap seni dan budaya adalah sama seperti minat dalam sukan di mana ia mesti bermula dari peringkat kanak-kanak. Kami mahu mereka yang datang mendapat pengalaman baru dalam menikmati kekayaan warisan kesenian dan kebudayaan negara secara dekat, iaitu tidak hanya menikmatinya melalui TV. Dengan pendehan ini, kami mahu orang ramai menyedari bahawa mereka sebenarnya mempuyai peluang dan masa depan yang cerah jika berminat untuk memilih karier dalam bidang industri seni kreatif atau baik pun sebagai hobi atau hanya sekadar peminat,”

“Negeri Johor merupakan lokasi pertama karnival ini, kami juga mempunyai perancangan di masa akan datang untuk membawa Karnival Seni Kreatif Kita ke beberapa tempat lain di Malaysia. Untuk itu kita bercadang untuk melibatkan berbagai lapisan masyarakat dari pelbagai keturunan melalui persembahan-persembahan yang menampilkan kepelbagaian jenis kebudayaan yang terdapat di negara ini untuk hiburan para pengunjung.”

KSKK yang dianjurkan oleh MYPAA ini adalah satu platform dan saluran untuk menggiatkan lagi hasrat agensi itu dan pihak JKKN dalam usaha mempromosikan seni dan budaya di kalangan masyarakat berbilang kaum, selain daripada usaha untuk meningkatkan minat rakyat terhadap pelbagai aktiviti seni dan budaya di Malaysia.

“Dari sudut perspektif yang lebih luas, kami amat teruja kerana dapat merealisasikan satu wawasan kearah mempromosikan seni dan budaya kepada semua lapisan masyarakat Malaysia melalui penganjuran Karnival Seni Kreatif Kita dalam pelbagai jenis persembahan yang menyeronokkan.

Melalui karnival ini bukan sahaja melibatkan acara-acara kesenian dan kebudayaan seperti tarian, teater muzikal serta muzik dan nyanyian, tetapi juga termasuk persembahan-persembahan lawak jenaka, bengkel perbincangan aspek seni dan budaya, penerangan dan maklumat berkaitan pembiayaan terhadap industri seni kreatif serta lain-lain program yang disediakan untuk para pengunjung rakyat negeri Johor khasnya dan dari seluruh Malaysia amnya.

Seiring dengan initiatif ini, kami juga mengharapkan penglibatan dan sokongan setiap warga korporat yang berminat dan prihatin agar tampil kehadapan untuk memberi sokong bukan sahaja kepada initiatif kami tetapi initiatif seni budaya pihak lain demi untuk masa depan industri seni kreatif di Malaysia. Jika secara persendirian, adalah tidak banyak yang tidak kami lakukan tetapi jika mendapat sokongan secara sepadu dari pelbagai pihak dan orang ramai sudah tentu banyak initiatif-initiatif baru dalam bidang kesenian dan kebudayaan yang dapat kami usahakan.

Justeru kami ingin merakamkan setinggi penghargaan yang ikhlas dari kami kepada JKKN, KPKK, PEMANDU serta pihak-pihak lain termasuk Dana Belia, Johor Corporation, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Iskandar Regional Development Authority, Astro, RTM, Gua.com.my, TGV Cinemas, Vespa Malaysia dan Yayasan Sime Darby atas sumbangan dan sokongan untuk merealisasikan Karnival Seni Kreatif Kita,” jelas Pn. Izan Satrina.

Mengikut Y.Bhg. Dato’ Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN, pihak kerajaan akan berusaha untuk turut memberi bantuan dalam usaha kearah menggiatkan industri seni kreatif.

“Adalah amat penting bagi JKKN dan pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan untuk menyediakan peluang dan saluran bagi memartabatkan industri seni kreatif dan program-program kebudayaan di Malaysia. Cita-cita kami ialah untuk menaikkan industri seni kreatif dan aktiviti kebudayaan ke satu tahap yang lebih tinggi disamping manggalakkan lebih banyak penyertaan di setiap lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, kami juga sedang menjalinkan kerjasama dengan pihak-pihak tertentu dari kalangan sektor swasta dalam usaha melaksanakan program-program dalam bidang seni kreatif di negara ini.

Kami merakamkan penghargaan di atas sokongan mereka. Kami memohon pertimbangan agar lebih banyak penglibatan dan sokongan dari pihak swasta agar tampil ke hadapan untuk membantu kami dalam usaha ini. Berkaitan dengan penglibatan sektor swasta dalam usaha menarak taraf industri seni kreatif, pihak kerajaan telah bersetuju pada dasarnya untuk member pengecualian cukai kepada badan korporat yang menyokong penganjuran KSKK pada kali ini atau sokongan terhadap apa-apa initiatif lain yang akan diusahakan pada masa akan datang,” jelas Dato’ Norliza.

Sudah tentu dengan pelbagai persembahan dan berbagai jenis hiburan yang disediakan, setiap pengunjung yang datang telah berhibur dan mendapat pengalaman yang berguna. KSKK terbukti berjaya yang berlangsung di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor selama dua hari dari 11 – 12 Mei 2013.

Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang

Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang

Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang

Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang

Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang

Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang

Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang

Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang

Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang

Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3

Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan