JOM HEBOH 2013 LEBIH MODEN & SEGAR!
SIRI PENJELAJAHAN KJH 2013 MEMBUKA TIRAI DI TERENGGANU
[dropcap]S[/dropcap]elepas sedekad, Karnival Jom Heboh sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia terutamanya penonton-penonton setia TV3. Bermula dengan acara padang yang menjadi platform kepada pihak stesen untuk mendekati jutaan penonton setianya pada tahun 2003, Jom Heboh sudah menjadi satu fenomena pada setiap kali penganjurannya di lokasi-lokasi terpilih.
Tahun ini, Jom Heboh yang memasuki tahun penganjuran yang ke-11 telah membuka tirai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, Terengganu pada 8 Mac & 9 Mac 2013. Lebih daripada 200,000 pengunjung telah menikmati pelbagai aktiviti dan kemudahan yang disediakan di KJH 2013 di Selera@Jom Heboh, Wow Booth, Bananana! Land, One Stop Center, Cereka, Studio 3 dan Kota Ilmu.
Karnival Jom Heboh edisi tahun 2013 (KJH 2013) masih mengekalkan konsep ‘Rekreasi & Riadah” dengan menyediakan pelbagai aktiviti yang bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat. KJH 2013 telah memilih negeri Terengganu sebagai lokasi pembuka tirai sebelum meneruskan siri penjelajahannya ke Johor, Pulau Pinang, Pahang, Putrajaya, Kelantan, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur.
Karnival Jom Heboh di Terangganu telah menerima lebih daripada 200,000 pengunjung pada kedua-dua harinya manakala 30,000 orang telah hadir ke konsert Jom Heboh serta memeriahkan majlis pelancaran Jom Heboh yang berlangsung pada jam 9.00 malam hari Sabtu.
Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, “Alhamdulillah…Saya bagi pihak TV3 amat bersyukur kerana Karnival Jom Heboh terus mendapat sambutan hebat walaupun sudah memasuki tahun penganjuran yang ke-11. Selama 10 tahun penganjuran, KJH pernah memperkenalkan Soopa Doopa, Petting Zoo, Pameran Astronomi dan tahun ini KJH 2013 mengetengahkan Selera@Jom Heboh, Wow Booth, Bananana! Land dan One Stop Center sebagai tarikan baru.”
“Tahun ini, KJH 2013 bukan sahaja berkonsepkan ‘Rekreasi & Riadah’, malah memperkenalkan satu hentian pelbagai perkhidmatan seperti Pos Malaysia, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lain-lain perkhidmatan kerajaan. Ini mengukuhkan lagi konsep KJH yang menyediakan aktiviti bersama keluarga. Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan menyajikan program-program terbaik supaya Jom Heboh 2013 terus dilihat sebagai tempat kunjungan hujung minggu yang memberi manfaat kepada orang ramai. ” Tambah Encik Izham.
Secara kolektif, Karnival Jom Heboh adalah antara karnival yang paling besar dan meriah yang pernah dianjurkan. Ia telah memberikan banyak manfaat kepada para pengunjung untuk menjadi wahana penjana minda dengan pelbagai pameran dan aktiviti yang berteraskan ilmiah di samping dapat berhibur bersama-sama artis-artis popular dan juga personaliti-personaliti TV3.
Tarikan terbaru KJH 2013 semestinya Selera@Jom Heboh, Wow Booth, Bananana! Land dan One Stop Center selain gerai Cereka, Studio 3 dan Kota Ilmu. Selera@Jom Heboh yang berkonsepkan “food pavilion” ini mengetengahkan pameran dan jualan buah-buahan serta sayur-sayuran tempatan yang segar keluaran FAMA, pertandingan menghias kek, demonstrasi masakan daripada chef selebriti dan banyak lagi akitviti menarik yang melibatkan penyertaan pengunjung.
Wow Booth menjual koleksi cenderahati eksklusif dari semua rangkaian televisyen dan radio Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, ntv7, 8TV, Bananana!, HOT FM dan Tonton. Di sana, selain membeli pelbagai cenderahati yang ditawarkan dalam pakej RM15 dan RM 25, para pengunjung juga boleh beramah-mesra dengan artis jemputan.
KJH 2013 juga akan memberi kelainan kepada kanak-kanak dan golongan remaja melalui Bananana! Land yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti Birthday Bash, B-Insta Snap, B-Model, Bananana! Squad Studio, Out of the Box dan Little Kitchen. Adik-adik boleh mempelajari resipi mudah di Little Kitchen, aktiviti-aktiviti seni dan kreatif menarik dari Out of the Box serta beramah-mesra dengan bintang-bintang Idola Kecil Harris IK3, Deera IK3 dan Tisya IK5. Watak-watak animasi daripada siri Boboiboy dan Bola Kampung turut turun ke padang untuk memeriahkan lagi acara ini.
Di samping membawa keluarga berhibur, para pengunjung juga dapat menikmati pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Pos Malaysia, PERKESO, PTPTN & Skim Pinjaman Pendidikan Nasional (SPPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di One Stop Center. Orang ramai boleh menyemak dan membuat bayaran saman, memperbaharui lesen memandu, menjelaskan bil-bil, membuat permohonan lesen perniagaan dan lain-lain lagi untuk kemudahan mereka. Tidak ketinggalan juga kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Pusat Darah Negara, pendaftaran sukarelawan iM4U, pasar bergerak 1 Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) .
Gerai Cereka dan Studio 3 juga menampilkan kelainan dengan menggabungkan drama-drama dan program hiburan, majalah dan dokumentari terbitan TV3. Para pengunjung dapat beramah mesra bersama personaliti TV3 dan juga artis-artis baru dan popular yang terlibat dengan program TV3 seperti Nur Risteena (Aksi: Karlos), Nazeera Sardi (Zehra: Hanya Pada Mu), Tasha Shila, Shah Jaszle dan Elyssa Murni (Akasia: Rindu Bertamu Di Abu Dhabi) serta Abdul Fatah Amin (Azalea: Kerana Sarah) di Cereka. Selain beramah mesra, mereka juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti bersama artis seperti Sembang-sembang artis, aneka peraduan dan Dunia Tersembunyi.
Tarikan terbaru di Studio 3, di mana para pengunjung dapat menonton secara eksklusif episod siri drama akan datang dan cerekarama sebelum ianya disiarkan di kaca televisyen. Ini merupakan keistimewaan bagi pengunjung di negeri-negeri yang dikunjungi oleh Jom Heboh. Mereka hanya perlu menderma di pintu masuk Studio 3 dan simpan keratan tiket tersebut untuk cabutan bertuah. Mereka juga berpeluang memenangi cendarahati menarik menerusi pelbagai aktiviti pentas yang dijalankan di Cereka.
Kota Ilmu pula fokus kepada program ilmiah dan kerohanian TV3 seperti Al Kulliyyah, Al Hidayah dan Da’i. Para pengunjung berpeluang mengikuti siaran langsung program Al Kuliyyah di Kota Ilmu pada hari Jumaat (8 Mac).
Planetarium iaitu pameran Astronomi masih boleh didapati di KJH 2013. Pameran ini melibatkan Digital STARLAB Planetarium menggunakan sebuah kubah hitam yang mensimulasikan langit malam hemisfera utara dan objek-objek ruang angkasa. Ia merupakan satu pendekatan menyeluruh berkaitan bidang astronomi untuk menggalakkan generasi muda untuk memilih jurusan Sains.
Tidak ketinggalan juga Konsert Jom Heboh yang merupakan acara kemuncak Jom Heboh dengan membariskan artis-artis popular seperti Dato’ Hattan, Jatt, Man Bai dan Amir Ukays. Konsert tersebut yang dihoskan oleh Zuan Melodi dan Ikhwan Hot FM juga disiarkan secara langsung di TV3 dari jam 9.00 malam hingga 10.30 malam.
Sambil berhibur, Jom Heboh juga meletakkan Tabung Wira Lahad Datu Media Prima di gerai-gerai program bagi mengumpul dana untuk waris dan keluarga ahli pasukan keselamatan yang terkorban dan tercedera dalam misi pencerobohan Lahad Datu. TV3 telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM 10,000 menerusi sumbangan para pengunjung Karnival Jom Heboh Terengganu.
Berikut adalah senarai aktiviti yang dirangka sepanjang dua hari penganjurannya di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Jumaat dan Sabtu ( 8 & 9 Mac 2013) dari 10.00 pagi hingga 7.00 petang.
SENARAI GERAI AKTIVITI-AKTIVITI
1. SELERA@JOM HEBOH • Demo Masakan oleh Chef Zaidah & Chef Muluk
• Pertandingan dekorasi kek
• Pameran & jualan buah-buahan tempatan FAMA
2. WOW BOOTH • Terdapat aktiviti jualan cenderahati eksklusif dari semua rangkaian televisyen dan radio Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, NTV7, 8TV, Bananana!, Hot FM dan Tonton
• Pelbagai jenis cenderahati seperti t-shirt, buku nota, beg, pen, kipas tangan, poskad, “lanyard” dan macam- macam lagi
• Sesi beramah mesra bersama Alex Yanz.
3.
ONE STOP CENTER • menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh Pos Malaysia, PERKESO, PTPTN, KPDNKK, LPPKN, MOF, JKM, Jabatan Pendaftaran Negara dan beberapa badan kerajaan.
• menyemak dan membuat bayaran saman, memperbaharui lesen memandu, menjelaskan bil-bil dan lain-lain lagi untuk kemudahan mereka.
4. BANANANA! LAND • Ruang hiburan dan pembelajaran khas untuk kanak-kanak
• Terokai kemahiran memasak si kecil di Little Kitchen
• Serlahkan kreativiti seni dan kraftangan di Out of the Box
• Riang ria bersama maskot Boboiboy & Bola Kampung
• Penampilan artis – Harris IK3, Deera IK3 dan Tisya IK5
• “Makeover” dan “Photobooth”
5. CEREKA & STUDIO 3 • Berpeluang menjadi penonton bertuah untuk menonton episod akan datang drama bersiri TV3 dan cerekarama sebelum disiarkan secara eksklusif di kaca televisyen
• Hanya perlu menderma di pintu masuk Studio 3 dan simpan keratan tiket untuk cabutan bertuah.
• Sesi beramah mesra dan menyertai pelbagai pertandingan bersama Nur Risteena (Aksi: Karlos), Nazeera Sardi (Zehra: Hanya Pada Mu), Tasha Shila, Shah Jaszle & Elyssa Murni (Akasia: Rindu Bertamu Di Abu Dhabi) dan Abdul Fatah Amin (Azalea: Kerana Sarah)
• Sembang – sembang Artis
• Aneka peraduan
• Dunia Tersembunyi – Cari barang dalam tepung
SIARAN LANGSUNG DAN RAKAMAN DARI TAPAK KARNIVAL
1. Sembang Sembang
Berlangsung dari tapak KJH 2013 Terengganu pada hari Jumaat (9.30 pagi – 10.00 pagi) dan Sabtu (10.00 pagi – 10.30pagi) . Membincangkan isu-isu semasa selain menemuramah artis-artis, pihak berkuasa dan wakil penaja.
2. Al Kulliyyah
Siaran langsung dari tapak karnival jam 5.00ptg – 6.00ptg hari Jumaat
Topik : Ikut Sunnah
Ahli Panel : Mohd Fasil Idris & Ustaz Shukri Ali
3. Pelancaran Karnival Jom Heboh 2013
Pentas Utama, Tapak KJH 2013 Terengganu oleh YB Dato’ Toh Chin Yaw, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Terengganu dan Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima pada hari Sabtu jam 9.00 malam.
4. Konsert Jom Heboh 2013
Pentas Utama, Sabtu jam 9.00mlm – 10.30mlm
Artis: Dato’ Hattan, Jatt, Man Bai, Amir Ukays.
Hos: Zuan Melodi & Ikhwan Hot FM
Layari laman web rasmi Karnival Jom Heboh 2013 di www.tv3.com.my/jomheboh serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Pengguna laman sosial Twitter juga boleh menggunakan tanda pagar #jomheboh2013 untuk sebarang perbualan dan komen.
Peluang beramah mesra dengan artis-artis di Cereka. ( Nur Risteena, Nazeera & Abdul Fatah Amin)