in

Gambar Sekitar Feel Good Run 2012

FEEL GOOD RUN KE-2 BAWA KECERIAAN BERGANDA!
RM142,800 Berjaya Dikumpulkan
80 Orang Selebriti & 12,000 pengunjung

Walaupun Feel Good Run baru masuk tahun ke-2 penganjurannya, namun acara larian amal itu ternyata lebih berjaya setelah mengumpul sebanyak RM142,800 untuk diserahkan kepada badan amal yang terpilih pada tahun ini. Lebih manis, apabila seramai 80 orang selebriti turut menyertai acara larian itu bagi menyokong misi murni stesen ntv7. Turut membanggakan adalah Feel Good Run 2012 yang diadakan di Sri Pentas dan Central Park, Bandar Utama hari ini telah memecahkan rekod tahun lepas apabila berjaya menarik seramai 12,000 pengunjung serta mencapai sasaran 5,000 pelari dalam hanya empat minggu.

Larian amal ini dianjurkan oleh stesen ntv7 sempena ulangtahun ke-14 dan bertujuan untuk menyebarkan keceriaan di kalangan keluarga dan rakan taulan sambil bergembira dengan cara yang lebih sihat dan disifatkan sebagai larian terbesar yang pernah diadakan di Bandar Utama. Bagi berkongsi lagi kegembiraan, ntv7 meraikannya bersama para peserta dan pengunjung di dalam inisiatif tahunan stesen tersebut.

Jawatankuasa penganjur juga memilih slogan – Do Good, Feel Good! – untuk memberi inspirasi kepada orang ramai agar mereka mempunyai hati yang besar dalam membantu mereka yang memerlukan di mana bukan sahaja kepada golongan manusia malah kepada haiwan. Kesemua yuran pendaftaran dan sumbangan ikhlas daripada organisasi korporat akan disalurkan dan diagihkan secara sama rata kepada empat badan amal yang dipilih kali ini – Kiwanis Down Syndrome Foundation, The Pure Life Society, PAWS Animal Welfare Society Malaysia, dan Yayasan Chow Kit. Setiap badan itu akan menerima RM35,700 daripada keseluruhan kutipan yang telah diterima.

Feel Good Run 2012

Dengan yuran penyertaan sebanyak RM25 untuk orang dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak, para peserta bukan sahaja berpeluang untuk berlari bersama selebriti kegemaran mereka, bergembira dan kekal sihat malah mereka juga menerima kit larian yang mengandungi kemeja-T, bib mesej serta buku panduan pelari. Sijil penyertaan dan momento penamat juga diserahkan kepada peserta yang berjaya menghabiskan larian mereka. Kategori-kategori yang diadakan adalah:

1) Feel Good Run – 7 km, untuk 13 tahun dan ke atas
2) Run with Celebrities – 3 km, untuk 13 tahun dan ke atas
3) Costume Fun Run – 3 km, untuk 13 tahun dan ke atas
4) Kids Run – 700 m, untuk 12 tahun dan ke bawah

Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul berkata “Walaupun Feel Good Run baru masuk tahun kedua, kejayaannya amat besar dan kami berasa bangga untuk menganjurkan inisiatif yang amat bermakna ini. Kami amat berterima kasih kepada penaja utama kami iaitu Whiskas dan Pedigree yang mempamerkan keprihatinan dan tanggungjawab terhadap masyarakat dalam larian amal ini.”

“Kami berharap Feel Good Run akan menjadi acara yang amat bermakna dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk mempunyai gaya hidup yang sihat, aktif dan yang paling penting adalah mampu membuat perubahan kepada mereka yang lebih memerlukan. Kami juga tidak sabar menanti penganjuran acara sebegini lagi di tahun-tahun yang akan datang,” tambah Airin.

Feel Good Run 2012

Diiktiraf sebagai acara larian selebriti paling berprestij negara, Feel Good Run 2012 disertai ramai personaliti hiburan dan media termasuklah – Naz Rahman, Daphne Iking, Joanne de Rozario, Aidid Marcello, Adam Zain, Megan Tan, Leslie Chai, Debbie Goh, William San, Charles Mohan dan Jasmine Abu Bakar.

Larian amal yang diadakan hari ini bermula pukul 7.00 pagi dengan sesi memanaskan badan oleh “Love On Wheels”, yang juga menawarkan khidmat penjagaan kesihatan. Sesi pelepasan bagi kategori sejauh 7 km yang dilakukan oleh Dato’ Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad pada pukul 7.30 pagi, diikuti oleh Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV & Ketua Pegawai Eksekutif Studio Primeworks, Media Prima Berhad bagi kategori 3 km pada pukul 7.45 pagi. Manakala Airin pula melepaskan larian kategori 700m Kids Run pada jam 8.00 pagi. Garisan penamat bagi kesemua kategori kecuali Kids Run adalah di Central Park, One Utama.

Para peserta dan pengunjung juga dihiburkan dengan pelbagai aktiviti gerai yang dijalankan pada hari itu antaranya daripada penaja utama (Whiskas dan Pedigree), pakaian sukan rasmi (Brooks), majalah rasmi (Health Today) serta daripada empat badan amal yang terlibat. Makanan burger dan minuman kopi percuma juga disediakan oleh Burger King dan San Francisco Coffee di Central Park.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi acara larian amal Feel Good Run ntv7 di www.ntv7.com.my/feelgoodrun.

Feel Good Run 2012

Feel Good Run 2012

Feel Good Run 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ESPN Star Sports Pundits Predict Gold Rush

The Smurfs Dalam Bahasa Malaysia Untuk Hari Raya