Nampaknya, keterujaan peminat selebriti popular dari Korea, Lee Kwang Soo berada di kemuncaknya semalam apabila bintang Running Man itu telah mengotakan janjinya untuk terbang di Malaysia untuk bertemu peminat setianya. Budiey perhatikan, sebelum pintu masuk KWC Fashion Mall yang menjadi lokasi pertemuan bersejarah itu, peminat sudah menjerit sebab tak sabar nak jumpa Lee Kwang Soo.
[pullquote]Bintang Running Man yang terkenal dengan panggilan Giraffe itu telah tiba di KLIA pada 3 Januari lalu pada jam 11 malam.[/pullquote]
Pada jam 7 malam, Fan Meeting Lee Kwang Soo Live in Malaysia telah berlangsung dengan suasana yang penuh keintiman. Event yang julung kali ini ibawa kepada anda oleh JS Concert Productions bersama Faith & D Entertainment dan King Kong Entertainment disokong oleh Malaysia Major Events (MME), satu bahagian dalam Malaysia Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB ), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Acara ini akan diadakan pada pukul 7 malam pada 4 Januari 2014 pada KWC Fashion Mall di Kuala Lumpur.
Lee Kwang Soo Fan Meet and Greet dibawakan khas untuk rakyat Malaysia dan peluang keemasan ini untuk peminat bertemu, melihat persembahan Lee Kwang Soo yang boleh menari secara langsung, dan pastinya secara eksklusif mendendangkan beberapa buah lagu. Eh, Lee Kwang Soo boleh menari dan menyanyi ke? Ha, jangan tak percaya ek?
Beberapa orang peminat yang Budiey temui berkata, sangat puas hati sebab akhirnya dapat bertemu secara eksklusif dengan Lee Kwang Soo dan secara peribadi di luar persona yang mereka lihat pada skrin kecil dalam The Man Running. Beliau juga mengajak peminat untuk mengambil bahagian dalam pelbagai games menyeronokkan. Memang Lee Kwang Soo ni jenis yang sangat spontan. Apa yang Budiey pasti event ni telah menjadi satu acara yang menyeronokkan dan peluang ini sukar dilepaskan untuk semua peminat Lee Kwang Soo. Ramai yang berharap, Lee Kwang Soo akan hadir bersama semua ahli grup Running Man suatu hari nanti. Bak kata Lee Kwang Soo, Malaysia, mu tunggu aku datang lagi!
Di sini, Budiey ingin menyiarkan beberapa gambar menarik sekitar acara berlangsung. Enjoyz ya!