Sempena hari yang indah, hari yang penuh memori di mana pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu dan isterinya, Sari Yanti telah meraikan hari jadi anak sulungnya yang ke-11 tahun pada 10 Julai yang lalu. Walaupun tak mampu sambut di restoran di luar, pasangan ini tetap mahu buat anaknya happy! Jep sempat menitip doa pada Tuhan agar anak tirinya, Barr Al Aliy menjadi anak soleh dan sentiasa dirahmatiNya.Â
“Happy birthday anak abah Barr Al Aliy. Semoga menjadi anak yang soleh, sentiasa berada di bawah redup rahmatNya,”
– Jep Sepahtu
Dalam masa sama, pelakon Sari Yanti turut memberi ucapan hari lahir untuk anak sulungnya itu yang kini genap usia 11 tahun:
“Anak anakku, Barr’s 11th Birthday,”
– Sari Yanti
Sekitar sambutan ulang tahun kelahiran Barr telah dikongsikan menerusi laman Instagram pasangan ini. Jep dan Sari berkongsi beberapa foto kandid mereka sekeluarga. Meski disambut secara sederhana, namun keraian tetap meriah bersama adik-beradiknya yang lain.
Untuk makluman, Barr dan seorang lagi anak lelakinya, Baasit Al Haq merupakan anak hasil perkahwinan pertama Sari. Jep dan Sari mendirikan rumah tangga bersama pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Sama-sama kita doakan semoga pasangan ini terus bahagia bersama keluarga tercinta.