in

Gambar Sabhi Saddi di La Boudoir Fashion Show 2010

Pada 13 Februari 2010 (Sabtu) yang lalu, penyanyi Sabhi Saddi telah dijemput untuk buat persembahan di “La Boudoir” Fashion Show 2010 yang dianjurkan A’ Sutra & Ambar”.

Acara yang diadakan di Magella, Sutera Harbour, Kota Kinabalu ini diadakan untuk memperkenalkan rekaan terkini dan fesyen terbaru bagi tahun 2010.

Selain dihiburkan dengan persembahan fesyen dan nyanyian dari Sabhi Saddi, hadirin juga boleh mendapatkan barangan aksesori pakaian seperti manik-manik dan pakaian.

Untuk info pembaca, “La Boudoir” Fashion Show adalah acara tahunan yang mendapat sambutan hangat dari wanita Sabah.

Selain single terbarunya, Nadiku, Sabhi Saddi telah menghiburkan hadirin dengan sebuah lagu dari Marcell iaitu Takkan Terganti, single Sabhi iaitu Jalan Pulang dan sebuah lagu Inggeris berjudul Love You Sexy dendangan asal dari Wisnu Indonesian Idol.

Nampaknya, Sabhi Saddi kini makin popular di Sabah. Tahniah Sabhi!

Kredit photo: A’Sutra

Sabhi bersama penganjur Nita Saidun and Ashniza Saidun

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Pelancaran Album Baru Adilla – ROCK KERONCONG

Gambar Peserta Top Host 2010