Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Pada masa ini, media & wartawan makin sibuk tak cukup tangan untuk buat foto shoot bagi keluaran raya. Maka, masa nilah artis juga turut sibuk dan pada masa yang sama, kita boleh tengok selebriti melaram sakan dengan baju-baju raya yang bervariasi. Macam-macam jenis baju yang boleh kita lihat. Busana paling popular bagi wanita ialah baju kurung dan baju kebaya.
Pada jam 3 petang tadi, Budiey berpeluang untuk melihat macam-macam jenis fesyen baju kebaya untuk digayakan pada hari raya. Fesyen Showcase The Blue Kebaya ini dianjurkan oleh The Weld dengan kerjasama Rafflesia dan sudah tentu menampilkan rekaan dari pereka fesyen terkenal. Uniknya pertunjukan ini adalah kesemua rekaan adalah berwarna biru. Antaranya, pereka yang satu negeri dengan Budiey iaitu Ezuwan Ismail.
Nah, sebagai pembuka kata, Budiey tampilkan dulu fesyen-fesyen kebaya biru rekaan dari Ezuwan Ismail. Digayakan oleh Irma Hasmie, Neelofa dan Rozita Che Wan. Sorry, gambar Rozita Che Wan lupa nak ambik tadi. Terlalu ramai sangat selebriti sampai terlupa dengan Cik Ta kita ni. Hehehe. Jangan marah ya Cik Ta.
Untuk rekaan busana Irma Hasmie, Budiey nampak ianya seperti kaftan dan bukannya kebaya, namun menurut Irma Hasmie, pereka sengaja memberikan sedikit kelainan pada baju kebaya, di mana setiap baju yang ada belahan tengah adalah satu elemen dan ianya berkonsepkan kebaya.
Yes, menurut pereka fesyen Ezuwan, busana Irma Hasmie ini sebenarnya berkonsepkan kebaya kaftan. Jika korang tengok betul-betul baju ni, ada lapel kebaya dari kolar sampai bawah. Cuma Ezuwan memberi suntikan elegan dengan unsur kaftan. Jadi, sesuailah dengan Irma Hasmie yang berimejkan muslimah.
Untuk rekaan Rozita Che Wan pula, Ezuwan memberikan sentuhan dengan kebaya full lace dengan mermaid dress. Fabrik pilihan dari sutera thai dan french lace. Manakala untuk Neelofa pula, Ezuwan memberikan kelainan dengan mengubah gaya kebaya tradisional kepada imej remaja kontemporari dengan sedikit sentuhan sexy tube bersama dress satin, dan kalau kita lihat Ezuwan menggabungkan dengan kebaya berlabuci. Rekaan untuk Neelofa ini sesuai sangat untuk ke event cocktail.