in

Gambar Rekaan Kashfi Zulkufli di Pelancaran MINI Cooper

Pada 11 April yang lalu, Budiey ada menghadirkan diri di pratonton kereta keluaran terbaru MINI Cooper yang bertemakan ‘The New Original’. Di samping itu, Kashfi Zulkufli dan juga Hatta Dolmat telah dijemput untuk menghiasi majlis dengan memperagakan baju-baju rekaan khas buat MINI Cooper baru. Kashfi Zulkufli telah melahirkan lima rekaan khas yang diberi nama Yell’oV. Acara santai telah pada jam 1 malam dengan acara countdown pelancaran. Acara turut dihadiri oleh ramai selebriti popular, antaranya, Fizz Fairuz, Nina Iskandar dan ramai lagi.

Kashfi Zulkufli

Definition/Definisi Yell’oV: Yell- Yellow- Vouge

Concept/ Idea:
Konsep yang diterapkan dalam koleksi kali ini merupakan rekaan yang berunsurkan moden kontemporari yang boleh disifatkan sebagai sesuatu yang baru dan trendy. Idea pemilihan dari segi warna Kuning dan Hitam adalah hasil kombinasi dan merupakan inspirasi terbaru hasil daripada ‘The new MINI’. Konsep penyampaian dari segi styling look pula lebih bersifat chicky dan fresh sesuai bagi imej MINI yang terbaru yang memberi saya inspirasi untuk mereka sesuatu yang original dan trendy buat penggemar MINI.

Fabric/Fabrik:
Penggunaan fabric bagi rekaan Yell’oV, saya menggunakan fabric seperti pvc, snake skin,crepe dan juga kombinasi fabrik lain.

Details/ Embellishments/ Hiasan:
Bagi rekaan Yell’oV pada kali ini, saya tidak menerapkan unsur-unsur embellishment malah rekaan pada kali ini lebih memfokuskan kepada susun atur pattern yang mampu menampakkan rekaan Yell’oV lebih feminin dan trendy.

Cutting/Teknik potongan:
Teknik potongan masih boleh dikategorikan dalam potongan ringkas. Design lebih bersifat peplum, short skirt, seluar dan tampil sopan. Sesuai digayakan bagi wanita yang tidak berhijab mahupun yang berhijab.

Kashfi Zulkufli

Kashfi Zulkufli

Kashfi Zulkufli

Kashfi Zulkufli

Kashfi Zulkufli

Kashfi Zulkufli

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Remy Ishak Jawab Isu Sertai Pesta Songkran di Bangkok

Kisah Kasih Kesinambungan Kejayaan Nubhan