Okay, lagi gambar potret milik pelakon yang membawa watak anak kepada Aidil dalam filem Nur Kasih The Movie.
Pengambaran diadakan di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor. Filem ini dikatakan jauh lebih besar berbanding drama dan bakal menyentap emosi penonton mengenai tragedi yang berlaku kepada watak utama, Adam, Nur Amina, Aidil dan ibunya. Ia mengisahkan cabaran ditempuh Adam dan Nur Amina dalam hidup dan juga cinta mereka dengan memaparkan kekuatan cinta Adam dan Nur Amina.
Menurut pengarah, filem yang menelan belanja 2.8 juta ini bermula kira-kira lapan tahun selepas drama siri.
Budiey kira, filem ini akan mengangkat nama Mia Sara untuk terus berada dalam industri. Sekurang-kurangnya nanti, kita akan ada pelapis pelakon wanita yang berbakat suatu hari nanti.