in , ,

Gambar Pertunangan Erra Fazira dan Engku Emran

Erra Fazira telah selamat melangsungkan pertunangan dengan Engku Emran Dato Engku Zainal Abidin, 32, Ketua Pegawai Operasi (COO) Suria.FM di kediaman Erra, yang terletak di Damansara pada hari Jumaat 7 September 2007.

Pertunangan yang berlangsung secara sederhana tetapi tetap diselubungi dengan kemeriahan dan secalit glamor, turut dihadiri oleh para wartawan, ibu saudara Engku Emran, penulis lirik tersohor Habsah Hassan dan rakan karibnya, aktres Rubiah Suparman, sebilangan artis seperti Umie Aida, Zahida Rafik, Zaibo, penerbit filem Raja Alawiyah, beberapa kenalan dan keluarga terdekat.

Engku Emran yang kelihatan segak kacak dalam pakaian kemeja putih berseluar ‘slack’ hitam rasa sungguh gembira dan bersyukur.

(Foto The Star Ricky Lai)

Apa kata Erra Fazira?
“Alhamdulillah, sudah tentu saya gembira kerana majlis berjalan lancar serta mendapat persetujuan kedua belah pihak. Sekarang, saya hanya mahu pandang kehadapan. “Erra rasa bersyukur kerana dah lari dari tohmahan.” Ini merupakan pertunangan ketiga Erra. Sebelum ini, Erra pernah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi rock Awie dan bekas suaminya, Yusry KRU. Erra mendirikan rumahtangga dengan Yusry pada tahun 2003 tetapi  berpisah secara rasminya pada 26 April tahun lepas.

Majlis pertunangan Erra-Emran bermula pada jam 3.45 petang dan dihadiri oleh lebih kurang 100 orang tetamu yang membanjiri rumah teres dua tingkat Erra itu. Sebelum itu, rombongan pihak lelaki seramai 30 orang, diketuai oleh bapa saudara Emran, Engku Abu Bakar Engku Ngah yang datang dari Terengganu dan Pahang telah membawa lima buah hantaran terdiri dari sebentuk cincin tunang berupa emas putih bertatah berlian dan sebentuk cincin risik yang juga emas putih, tepak sirih, sepasang persalinan, sepasang kasut serta sebiji kek.

Rombongan dari pihak Engku Emran telah mengenakan pakaian bertemakan biru kehijauan. Tema majlis pertunangan petang tadi berupa warna krim dan putih, malah rona krim dan putih juga menjadi pilihan pengiring hantaran dan keluarga kedua pihak.

Sementara pihak perempuan yang terdiri dari 50 orang pula diwakili oleh suami Habsah Hassan, Mohamed Jusoh (ayah saudara kepada Engku Emran) yang berpakaian krim coklat. Rombongan pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang bekas hantaran yang berisi tepak sirih, sepasang sampin songket berwarna hitam, sepersalinan kemeja, songkok, butang baju melayu, sepasang kasut, buah-buahan dan coklat. Wang hantaran pula, tidak seperti lazimnya, kerana pihak perempuan hanya meminta senaskah Al-Quran. Difahamkan, pihak perempuan tidak menetapkan berapa wang hantaran kerana Erra inginkan kelainan pada kali ini. 

Bonda Engku Emran, Toh Puan Salmah Hj Abdullah telah menyarungkan cincin ke jari manis Erra yang duduk persis seorang ‘Puteri’ di atas pelamin ciptaan Pak Abu. Pelamin indah yang bertemakan warna krim dan putih itu tampak menarik dengan hiasan jambangan bunga mawar merah di kiri dan kanan berlatarkan kain sutera berombak serta dipenuhi dengan taburan kelopak bunga mawar. Erra kelihatan jelita dalam busana krim, putih hasil rekaan pereka muda Jovian Mandage. Wajah bekas ratu itu kelihatan sungguh ayu, setelah didandan oleh Nurul Syukur, siap dengan selendang renda warna putih suci.

-kredit artikel: MstarOnline.com

[tags]erra fazira, engku emran, pelakon berkahwin, wedding erra fazira, gambar pertunangan erra fazira, tunang erra fazira, gambar tunang erra fazira, foto erra fazira bertunang, gossip erra fazira, majlis perkahwinan erra fazira, gambar erra fazira tunang, gambar erra fazira kahwin, majlis pertunangan selebriti, yusri kru, awie gossip fasha sandha, erra fazira, engku emran, pelakon berkahwin, wedding erra fazira, gambar pertunangan erra fazira, tunang erra fazira, gambar tunang erra fazira, foto erra fazira bertunang, majlis pertunangan selebriti, yusri kru, awie gossip fasha sandha[/tags]

gambar hantaran

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LOST, Siri TV Amerika Popular Kini Kembali di 8 TV

Anugerah Era 2007 Pemenang, Keputusan & Teaser