in , ,

Gambar Pengacara TV3 Azizah Ariffin Kahwin & Bersanding

Azizah Ariffin telah berkahwin dengan Mohd Khafairil Mohd Khalil atau lebih dikenali sebagai Fairi – Eksekutif Pemasaran TV3.

Gambar persandingan pengacara dan pembaca berita Buletin Utama di TV3 ini begitu mencermin kebahagian Azizah setelah lebih tiga tahun jadi janda dan membesar 3 orang anak, Daniel (12 tahun), haikal (9 tahun) dan Ashriel (6 tahun).

Beza umur 10 tahun dengan suaminya yang berusia 28 tahun tidak menghalang hubungan cinta. Suami dia mudanya, berambut panjang dan tinggi lampai. Pasangan berkenaan dinikahkan pada hari Sabtu lalu di kediaman pengantin perempuan di Bandar Utama.

gambar azizah ariffin

Pada majlis pernikahan itu, Azizah menerima wang hantaran bernilai RM 18,807 mengambil tarikh pernikahan mereka. Fairil turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM 555 seta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Azizah dan Fairil sebelum itu melangsungkan majlis pertunangan mereka pada 16 Jun lalu selepas hampir setahun berkenalan.

Pada 19 Ogos lalu, telah berlangsung majlis persandingan di Grand Ballroom, Hotel Concorde Shah Alam, sehari selepas mereka bernikah. Pertemuan bermula ketika penggambaran iklan Mi Sedap di rumah Azizah Ariffin.

Antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah Tunku Putri Zahariah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Abdul Mutalib Mohd Razak; Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Media Prima Berhad, Datuk Farid Ridzuan dan Pengarah Operasi TV3, Anthony Firdauz Bujang.

gambar azizah ariffin bernikah

Pengacara Wanita Hari ini dan ekskutif pemasaran tv3 ini tampak begitu anggun dan cantik dan anggun dengan gaun dan tuksedo putih rekaan Man Kajang. Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan band muzik Radio Star yang dipimpin Pot Amir bekas anggota Innuendo.

“Azizah memiliki ciri wanita idaman saya. Apa yang saya harapkan hubungan perkahwinan kami akan berjalan seperti pasangan suami isteri yang lain walaupun Azizah adalah seorang selebriti,”

Fairil

Selamat pengantin baru kepada Azizah Ariffin. Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu.

Sumber foto dari Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GWEN STEFANI

Ulasan Konsert Gwen Stefani Tour The Sweet Escape Kuala Lumpur

Jennifer Lopez Filmed New Album – Do It Well