Alhamdulilah, Party Kostum Tolong Awek Aku Pontianak yang dirancang oleh Tayangan Unggul dengan kerjasama blog Budiey.com telah pun berlangsung semalam di Menara Kuala Lumpur pada jam 2 petang.
Di kesempatan ini, Budiey ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat semua 110 orang pembaca budiey.com yang sudi hadir. Bukan senang nak cari pembaca macam korang ni memandangkan korang sanggup korban masa rehat di hujung minggu. Korang memang happening sangat-sangat. Tak sangka korang semua berusaha sedaya upaya untuk mengenakan pakaian mengikut tema. Mula tu, Budiey ingat ke korang semua yang datang tu mahu pakai ala kadar aje, tapi tup tup semalam, terkejut jugak sebab semua pakai kostum yang sesuai dan berkarakter.
Sambutan yang diterima amat menggalakan. Tahniah buat semua yang menjayakan Party Kostum Tolong Awek Aku Pontianak.
Untuk menghargai korang semua yang bertungkus lumus mencari kostum, nah Budiey siarkan gambar korang satu persatu ya.
4 hari lagi, filem Tolong Awek Aku Pontianak akan mulai ditayangkan di pawagam, jadi… pakat ramai-ramai tonton filem ni sebab citer ni memang kelakar giler.
Kepada semua pembaca yang hadir, jangan lupa korang boleh upload foto-foto yang korang ambil di fanpage budiey.com, sila layari:
Kepada pembaca yang masih belum lagi follow Budiey, jangan teragak-agak, jom pakat ramai-ramai follow Budiey di twitter ya. Follow @budiey
www.twitter.com/budiey dan juga kalau nak follow twitter Tayangan Unggul follow @TayanganUnggul, silalah follow sebab ada macam-macam event dan juga pass menonton wayang akan diberikan kepada korang semua.
Bersama blogger yang turut hadir, Yana Nako, Taufiq Elias dan Zudien. Tq sebab sudi support budiey.com ya.
Sherliza
Rayyan Harries
Siti Rahmah
Pemenang utama cabutan bertuah semalam. Waah, bertuahnya dapat video cam dari Canon. Tahniah! Arigato Gozaimasta!
Antara pembaca paling muda yang sudi hadir. Thank you, dik!
Yang ni pula, gaya seorang ustazah. Ntah-ntah, ni kostum guru besar punya. At least, in character gitu. Hehe. Thanks!
Cat woman, haaa tahniah sebab kostum ni dipilih Best Female Costume. Dapat hadiah kamera digital dari Canon.
Ariel dari Muzik FM