Membina nama di persada perfileman tanahair, juga antarabangsa, Primeworks Studios membawa kepada anda, satu-satunya: Yasmin Ahmad. Berbanding filem sebelumnya, “Talentime” memperlihatkan sentuhan berbeda daripada Yasmin, namun masih mengekalkan mainan emosi yang dalam dan cukup bermakna.
“Talentime”, karya Yasmin Ahmad yang cukup menyentuh jiwa. Berlatar pertandingan adu bakat antara pelajar di sebuah sekolah, “Talentime” bertumpu pada kehidupan dua keluarga berlainan bangsa dan agama; satu, keluarga campuran Melayu-Inggeris, manakala satu lagi, sebuah keluarga India yang konservatif.
Ia memberikan sudut pandangan sutradaranya, menyerlahkan realiti atau dalam erti kata lain, sebuah kejujuran dengan meneroka cinta dan keperitan hidup yang harus dilalui setiap manusia.
Kalau nak diukur dari reputasi dan sambutan filem sebelum ini, sudah pasti filem ini akan pecah panggung. Selain itu, kalau kita lihat, karyawan luar negara boleh mengiktiraf filem arahan Yasmin, maka kejayaan ini akan terpalit juga kepada martabar perfileman negara di mata dunia.