Kemunculan vokalis Ungu, Pasha di pentas Konsert Mini Rossa di Life Centre pada malam tadi telah menimbulkan hiruk pikuk lebih 2,500 penonton yang hadir bergema. Disahut pula dengan tepukan gemuruh, Pasha telah membawakan sebuah lagu berjudul Tercipta Untukku dan diselangi dengan lagu Rossa iaitu Terlanjur Cinta. Memang feeling habis!
Selama 2 jam, Diva Pop Indonesia, Rossa telah berjaya menghiburkan pelanggan Hotlink dengan lebih kurang 17 buah lagu-lagu hits popularnya. Selain menyanyi, Rossa juga turut bercerita dan berkongsi tentang kisah cintanya dengan peminat. Yang tak tahannya, Rossa punya penghayatan masa nyanyi memang dahsyat. Siap boleh menangis-nangis masa nyanyi. Nasib baik ada peminat kasi tisu, kalau tidak, mau banjir pentas.
Selama konsert berlangsung, Rossa tukar baju sebanyak 3 kali. Kesemua busana Rossa memang lawa-lawa.