in , ,

Gambar Nur Fazura & Nurul Gayakan Rekaan Hatta Dolmat di Mifa 2008

Sempena dengan hari jadi Hatta Dolmat yang jatuhnya pada hari ini, 19 Disember… jadi, Budiey dengan ini ingin menyiarkan gambar rekaan fesyen terkini Hatta Dolmat yang telah dipertontonkan kepada penggemar dunia fesyen dan fashionista di Mifa 2008 di The Garden baru-baru ini.

Happy birthday Hatta Dolmat! Semoga dimurahkan rezeki dan terus cemerlang dalam karier anda! Sukses sokmo deh!

Hatta Dolmat menggunakan khidmat pelakon ayu berseri, Nur Fazura dan penyanyi bekas isteri Ajai, Nurul.

Nur Fazura

Nurul

Memperkenalkan…DARK GARDEN! Taman Gelap? Apa tu Hatta? Suka sangat korang dengan benda gothic-gothic nih. Seram!

Tema koleksi 2009 hasil rekaan bekas peserta Project Runway ini berinspirasikan perubahan kejadian alam di waktu senja ke malam. membayangkan suasana taman bunga indah yang segar di waktu siang dipenuhi dengan warna warni, ‘berubah’ kegelapan apabila tirai malam menjelma. Seri warna-warni taman sekelip mata bertukar kegelapan dibaluti warna kehitaman. Taman dalam kegelapan inilah menjadi ‘inspirasi’ untuk koleksi terbaru Hatta Dolmat.

Dengan mengunakan himpunan warna gelap iaitu ungu dan hitam, bertepatan dengan panorama alam di waktu senja adakalnya jika dilihat, langit berubah menjadi keunguan sehingga hilang dibalut hitam malam yang memukau.

Rekaan koleksi kali ini mengutamakan nilai komersil yang memberi penekanan kepada wanita yang berimej mewah. Koleksi yang menghimpunkan rekaan ‘ready to wear’ seperti jaket, pant dan trench coat tepat untuk market di Malaysia dan luar negara. Gaun labuh berperincian mewah dengan tatahan permata dan textura tersendiri, mengambarkan kelainan pada koleksi hatta dolmat untuk kali ini. Potongan ‘bare back’ menjadi daya tarikan kepada hampir setiap gaun labuh yang dihasilkan.

Pengunaan kepelbagaian jenis fabik dalam himpunan dua nada warna memberikan kesan berbeza pada setiap rekaan dihasilkan. Pengunaan fabrik mewah seperti jaket fabric, satin, deutches satin, chiffon silk dan sebagainya.

Elegan

Dark

Pesona Ungu Pesona Kegelapan

Ready to wear

Cantik

Gaun glamour

Berdaya

Gothic

INFO TENTANG HATTA DOLMAT

Nama: Muhammad Hatta Bin Dolmat

Umur: 26 tahun

Tarikh Lahir: 19 dec 1982

Hatta Dolmat beroperasi di Cheras Kuala Lumpur

Menerima tempahan pakaian terutamanya perkahwinan (membuka tempahan
perkahwinan untuk tahun 2009).

Perkembagan terkini: Hatta baru selesai Malaysian international fashion week 2008, sekarang agak sibuk degan tempahan pakaian terutamanya perkahwinan.

Email: hattadolmat[at]gmail[dot]com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Lagu Teater Musical Mamma Mia di Istana Budaya

Toyota Vios Baru Lebih Stylish Citarasa Global!