in ,

Gambar Nur Fazura di Pelancaran One Unilever Fair

Detik Glamor bersama Bintang LUX Fazura di Giant

Peminat Bintang LUX Nur Fazura berpeluang bersua muka dengan beliau, mendapatkan autograf malah menyuntik kerlipan glamor di album gambar mereka dengan merakam gambar peribadi bersamanya apabila beliau tampil di pasar raya besar Giant di Kota Damansara hari ini.

Fazura beramah mesra dengan para peminatnya sempena pelancaran One Unilever Fair dengan kerjasama Giant, yang menampilkan keseluruhan rangkaian jenama Unilever dari produk makanan dan penjagaan kediaman sehingga kepada produk penjagaan peribadi seperti LUX, Lifebuoy, Knorr, Lady’s Choice, Lipton, Planta, Breeze, Ekonomi Handalan, Clear, Dove, Fair & Lovely, Pond’s, Rexona dan Sunsilk.

Fazura

“LUX selalu dikaitkan dengan tarikan dan glamor selebriti, jadi kehadiran jelitawan popular seperti Fazura di pameran jualan ini membolehkan peminat-peminatnya dan para pengunjung Giant merasai sentuhan glamor dengan kehadiran beliau,” kata Brand Manager of Personal Wash LUX, Tanya Teng.

“Pengunjung yang membeli produk LUX bernilai sekurang-kurangnya RM15 di pameran jualan ini juga diberi ganjaran hadiah percuma serta-merta di gerai LUX di mana mereka boleh merasai kemewahan, tarikan dan daya sensual rangkaian mandian badan LUX yang menyediakan kepada setiap wanita dengan haruman lembut sehalus sutera dan tahan lama yang kekal setiap kali selepas mandi,” jelas beliau lagi.

Fazura

LUX hadir dalam rangkaian enam varian iaitu; Soft Touch, Velvet Touch, Magical Spell, Secret Bliss, White Impress dan Wake Me Up. Rangkaian mandian badan LUX bukan sahaja berbau harum malah turut mengandungi rumusan protein sutera berharga dan ekstrak buah-buahan bagi menyerlahkan kecantikan asli dan daya sensual setiap wanita dengan membuatkan kulit menjadi halus dan licin berseri.

Rahsia di sebalik wangian menawan dan penuh tarikan mandian badan LUX tersimpan dalam Fragrance Pearls yang dicipta bagi memerangkap minyak wangi berharga dan kemudian mengeluarkannya sebagai buih.

Rangkaian mandian LUX boleh didapati di semua outlet yang menawarkan produk LUX di seluruh Malaysia pada harga RM15.90 (untuk botol 700ml) dan RM5.90 (untuk botol 220ml). Pek isian semula juga disediakan pada harga RM8.90 (untuk pek 600ml).

Mengenai LUX
LUX mula diperkenalkan sebagai sabun mandi pada 1925. Dihasilkan oleh Lever Brothers, ia tiba di UK pada 1928, dengan menjanjikan bersamanya rahsia yang dijaga rapi oleh Perancis bagi menghaluskan kulit, memberi aspirasi tetapi mudah didapati. Sejak detik pelancarannya lagi, LUX sentiasa percaya pada strategi bintang untuk menjadi Jagaan Kecantikan Kegemaran Hollywood LUX percaya bahawa berkelakuan cantik adalah satu cara mempersembahkan wajah terbaik anda kepada dunia dan memaksimumkan apa yang anda miliki. Ia merupakan pilihan sedar untuk menjadi cantik dan menikmati keseronokan menggunakan kecantikan anda. LUX menjadikannya mungkin buat setiap wanita untuk menjadi cantik dalam banyak cara yang memuaskan. Pada 1950-an, LUX tiba di Malaysia dengan membawa bersama-samanya barisan bintang global seperti Aishwarya Rai, Priyanka Chopra, Rachel Weiz hingga kepada bintang LUX tempatan seperti Amy Mastura, Sheila Majid, Fauziah Latiff, dan Erra Fazira. Warna sabun dan bungkusan LUX diubah beberapa kali bagi menggambarkan trend fesyen. Pada 1958, lima warna menerajui rangkaian: merah jambu, putih, biru, hijau dan kuning. Bagi 2011, keseluruhan rangkaian LUX dilancarkan semula di Malaysia bagi membawakan teknologi baru dan bungkusan baru. Rangkaian LUX ini terdiri daripada Soft Touch, Velvet Touch, Magical Spell, Secret Bliss, White Impress dan Wake Me Up. Pada 2011, LUX juga diiktiraf sebagai jenama sabun nombor satu di Asia.

Fazura

Fazura

Fazura

Fazura

Fazura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Driver YB Lakonan Abby Abadi

Julio Iglesias di Concert of Celebration YTL