Detik bermakna Bintang LUX Fazura bersama peminat
Peminat Bintang LUX Fazura yang bertemu dengan beliau hari ini kini memiliki tambahan berharga kepada koleksi album gambar mereka apabila dapat bergambar bersama aktres yang pernah meraih anugerah itu.
Fazura beramah-mesra dengan para peminatnya dalam acara istimewa yang diadakan sempena pelancaran rangkaian mandian badan kecantikan ‘Soft & Silky Smooth’ LUX baru, yang melengkapkan rangkaian ‘Fine Fragrance Eliksir’ LUX yang terlebih dahulu dilancarkan pada tahun ini.
Peminat yang membeli sebotol LUX hari ini diberi ganjaran autograf peribadi daripada Fazura dan gambar peribadi bersama beliau.
Fazura posing with the new Soft and Smooth body wash range
Bagaimanapun, para peminat sekali lagi berpeluang bersua-muka secara peribadi dengan Fazura kerana LUX menganjurkan peraduan eksklusif bersama Mydin bermula sekarang hingga 16 Jun yang bakal menyaksikan seramai 10 orang pemenang bertuah dan rakan mereka bersama-sama menikmati makan malam dan berkongsi tip kecantikan bersama pelakon itu, berdasarkan seberapa kreatif mereka dapat membuat tandatangan LUX.
Sementara itu, memiliki kulit yang halus selembut sutera bagi membuat persediaan sempena menjelangnya musim perayaan tidak lama lagi turut memberi bonus tambahan kerana setiap pembelian produk LUX bernilai RM18 ke atas hadir bersama beg LUX eksklusif sepanjang tempoh promosi dari sekarang hingga 16 Julai.
“Rangkaian baru ini membolehkan setiap wanita mencapai impian mereka bagi memiliki kulit sehalus sutera dengan mandian yang menyegarkan,” kata Tanya Teng, Brand Manager of Personal Wash, LUX.
Kemewahan, tarikan dan rasa sensual rangkaian “Soft and Smooth” LUX baru dapat dinikmati dalam dua varian berharga:
Rangkaian mandian badan “Soft & Smooth” LUX boleh didapati di semua outlet yang menjual produk LUX di seluruh Malaysia, pada harga RM14.90 (bagi botol 700ml) dan RM5.90 (bagi botol 220ml). Pek isian semula juga ditawarkan pada harga RM8.90 (bagi pek 600ml).
Fazura and Tanya launches the Lux Soft and Smooth body wash range
Group pose of Fazura, Mydin and Unilever during the launch of the Lux Soft and Smooth range
Fazura mingling with her fan