in

Gambar Nur Fazura di Pelancaran Duta Produk Colgate Optic White

Budiey nak ucapkan tahniah buat selebriti popular, Nur Fazura Sharifuddin yang telah dipilih menjadi duta produk terbaru Colgate iaitu Optic White. Satu majlis pelancaran produk ini telah diadakan di One Utama pagi semalam dan serentak dengan itu Nur Fazura telah diumumkan di hadapan media, peminat dan orang ramai di Fazura akan turut sama mempromosikan produk dan tampil dalam iklan Colgate di kaca TV.

KLIK VIDEO: Sekitar Pelancaran Nur Fazura Sebagai Duta Produk Colgate

Tampil anggun dengan gigi putihnya bersama dua persalinan busana serba merah rekaan Rizman Ruzaini, Fazura juga turut dikerumuni wartawan dan media yang sudah lama tidak bersua disebabkan kini Fazura sibuk berlakon drama.

Menurut Fazura, beliau telah menggunakan ubat gigi terbaru dari Colgate ini selama 3 bulan yang lalu iaitu semenjak November tahun lalu, ternyata ia berkesan untuk memutihkan gigi beliau. Kesannya boleh dilihat seawal minggu pertama menggunakannya.

Fazura Duta Colgate

Fazura Duta Colgate

Fazura Duta Colgate

Fazura Duta Colgate

Fazura Duta Colgate

Fazura Duta Colgate

Fazura Duta Colgate

Fazura Duta Colgate

Fazura Duta Colgate

Fazura Duta Colgate

Fazura Duta Colgate

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Wings Rockestra di Istana Budaya

Luahan Syamsul Yusof Rungkai Isu Berselisih Faham Dengan Bapanya