Malam Pembukaan AIFFA 2013 telah pun berlangsung menyaksikan delegasi 6 buah negara yang terlibat telah hadir untuk meraikan Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) buat pertama kalinya diadakan di Kuching Sarawak.
Antara selebriti Malaysia yang menyertai delegasi negara di AIFFA 2013 ialah pelakon Nur Fazura, Sofea Jane, Tony Eusoff, Esma Daniel, Radhi Khalid, Pekin Ibrahim, Vanidah Imran, pengarah Dain Said, Bernard Chauly, Pansha, Pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideendan ramai lagi.
Nur Fazura yang menjadi tarikan peminat untuk bergambar bersama mengenakan baju kasual berwarna hijau navi. Nampak berseri ditemani pembantu dan teman baiknya yang juga pengarah Istanbul Aku Datang, Bernard Chauly.
Selamat datang ke Sarawak, Nur Fazura!