Dengan menggunakan corak fabrik etnik tradisional Sarawak dengan menggabungkan elemen moden hasil idea Fazura sendiri ditambah dengan kreativiti pereka fesyen Rizman Ruzaini, busana ala kebaya moden ini nampak sangat anggun. Tapi bak kata kawan Budiey, Fazura ni pakai apa pun akan jadi cantik sebab tuan empunya badan dah sedia cantik molek.
Fazura setuju jika AIFFA ini diadakan setiap tahun di Malaysia. Fazura juga gembira dan bangga dengan kemenangan empat trofi di AIFFA 2013.
Dalam kesibukan di Malam Gala AIFFA 2013, Budiey sempat juga menemubual Fazura yang khabarnya akan berlakon filem di bawah arahan Bernard Chauly iaitu filem Manisnya Cinta. Drama Kisah Cinta lakonan Fazura juga disiarkan di kaca TV3 mulai 9 April ini.
Apa pendapat korang tentang busana yang dipakai oleh Fazura ni? Komen sikit di ruangan komen ya.