Ditatarias menjadi persis pelakon terkenal Bollywood, Madhuri Dixit, dramatis jelita Nur Fathia tampil begitu anggun setelah dikenakan busana sari di Acara Fashion Sari Bersama Rafflesia yang diadakan pada 29 Oktober lalu di Rafflesia Centre, Kuala Lumpur.
Deepavali Sarees Fashion ini menampilkan pelbagai jenis fesyen Sari termasuklah Saree, Lengha, Saree Lengha, Punjabi Suit, Gujerati Saree, Anarkili. Busana ini direka khas oleh Rea of Thaara’z dan direka oleh On Time Eventza. Selain penampilan khas oleh Nur Fathia, acara fesyen ini digayakan juga oleh Raja Ilya, Jasmine Michele, Sangeetha, Reenetha, Yasmin Nadiah bersempena dengan sambutan Deepavali yang akan disambut tak lama lagi.