Pada 14 Oktober lalu, Budiey dijemput secara eksklusif untuk bersama Nur Fathia dan Miera Liyana menyaksikan mereka mencuba busana untuk digayakan di Uzbekistan. Pertama kali juga, Budiey menjejakkan kaki di butik Alia Bastamam yang terletak bersebelahan dengan Bangsar Shopping Center, Bangsar, KL. Cantik-cantik baju rekaan Alia Bastamam ni. Walaupun simple tapi nampak gah!
[dropcap]B[/dropcap]udiey juga rasa sangat bertuah kerana dipilih oleh Rafflesia menjadi antara media yang akan mengikuti trip wakil delegasi Malaysia ke Uzbekistan. Sebagai bingkisan untuk anda semua, Budiey akan memberikan liputan #LiveUpdate di sosial media termasuklah di Youtube di mana akan dihoskan oleh Miera Liyana. Jadi, jangan lupa untuk follow Twitter @budiey, Instagram BUDIEY dan juga subscribe saluran video Youtube Budiey.
Terima kasih kepada Rafflesia yang sudi membawa Budiey ke Uzbekistan untuk menyaksikan Festival Filem Antarabangsa Tashkent 2013 dan Pertunjukan Fesyen Style.uz 2013 di sana.